web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


UDA Umum Pelantikan Mohd Annuar Sebagai Pengerusi 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Mar 2023 4:53PM

Mohd Annuar Zaini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tan Sri Mohd Annuar Zaini diumumkan sebagai Pengerusi baharu UDA Holdings Berhad (UDA), berkuatkuasa hari ini.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, kementerian yakin pelantikan Mohd Annuar dapat membawa UDA untuk bersama kementerian memperkasa golongan usahawan.

Menurutnya, usaha ini selari dengan visi menyokong hasrat kerajaan ke arah pembangunan Malaysia Madani.

"Kementerian yakin pelantikan Mohd Annuar dapat membawa UDA, yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi ke tahap lebih cemerlang.

"(Ini adalah) untuk bersama-sama kementerian memperkasa golongan usahawan menerusi segmen perniagaannya dan seterusnya menyokong hasrat kerajaan ke arah pembangunan Malaysia Madani," katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif UDA, Datuk Sr Mohd Salem Kailany berharap kepimpinan Mohd Annuar menjadi aspirasi dalam memacu kecemerlangan dan kelestarian syarikat tersebut di masa hadapan.

"Pihak Ahli Lembaga Pengarah, barisan pengurusan serta seluruh warga kerja UDA mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan mengalu-alukan pelantikan Mohd Annuar dalam menerajui kepimpinan syarikat," katanya. 

Untuk makluman, Mohd Annuar memiliki Ijazah Sarjana Perundangan dan Diplomasi dari Tufts University, Amerika Syarikat dan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). 

Beliau memulakan kerjaya dalam perkhidmatan kerajaan sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1977. 

Mohd Annuar pernah berkhidmat di beberapa kementerian dan jabatan kerajaan di peringkat Persekutuan serta kerajaan negeri Perak. 

Pada tahun 1999, beliau memilih bersara secara pilihan daripada jawatan kerajaan untuk menceburkan diri dalam sektor swasta.

 Mohd Annuar seterusnya dilantik sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Waqaf Malaysia pada 2021, Pengerusi MRCB Land Sdn Bhd (2022) dan Pengerusi Metropolitan Utilities Sdn Bhd (sejak 1993).

Beliau juga pernah diberi tanggungjawab sebagai Penasihat dan Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (2007 hingga 2009), Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) dari Februari 2004 hingga Januari 2010, Pengarah Eksekutif Berjaya Corporation Berhad (2001 hingga 2004) dan Ahli Lembaga Pengarah Malaysia Airline System Berhad (2005 hingga 2011), PLUS Expressways Berhad (2007 hingga 2012) dan Tropicana Corporation Berhad (2010 hingga 2015).

Selain itu beliau juga pernah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah (Bebas dan Bukan Eksekutif) Manulife Holdings Berhad, Manulife Insurance Berhad dan Manulife Investment Management (M) Berhad (2011 hingga 2020). - Getaran, 23 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Hospital Lambang Sebenar Perpaduan - Annuar

2

Politik 6 bulan yang lalu

Tak Rasmi: GRS Dahului PRN Sabah, Ewon Kuasai Kadamaian

3

Politik 3 tahun yang lalu

Konvensyen Kerajaan Perpaduan: Medan Cari Formula Seragamkan Hala Tuju Negara Antara Parti

4

Ekonomi 5 tahun yang lalu

UDA Akan Bangunkan Kedai Koperasi Di Negeri Sembilan - MEDAC

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 11 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad