web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Konvensyen Kerajaan Perpaduan: Medan Cari Formula Seragamkan Hala Tuju Negara Antara Parti

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Apr 2023 9:05AM

Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Anwar akan mengadakan konvensyen bersama parti-parti dalam kerajaan pada 14 Mei ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia menyaksikan penubuhan Kerajaan Perpaduan buat julung kali dalam sejarah negara berikutan tiada parti politik tanah air yang memperoleh kerusi majoriti dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), tahun lepas.

Setelah lebih 100 hari mengemudi pentadbiran negara, Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan konvensyen bersama parti-parti dalam kerajaan pada 14 Mei ini dalam usaha memastikan gerak langkah dan hala tuju yang seiring dalam memimpin negara.

Felo Akademi Sains Malaysia Prof Dr Jayum Anak Jawan berkata Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan itu penting untuk meyakinkan rakyat bahawa kerajaan kukuh dan utuh untuk membawa negara ke depan meskipun perlu menyusuri pelbagai cabaran dalam proses pentadbiran.

Beliau berkata konvensyen yang akan disertai oleh 20 parti dalam Kerajaan Perpaduan itu juga akan memberi gambaran politik dan kepimpinan negara berada dalam keadaan stabil sekali gus melahirkan keyakinan kepada pelabur luar agar mereka tidak perlu risau untuk melabur di dalam negara.

“Konvensyen ini juga akan menunjukkan bahawa kerjasama antara parti utama iaitu PKR, DAP, UMNO, GPS berjalan baik dan pemimpin bekerjasama bagi satu tujuan iaitu memajukan Malaysia demi menunaikan amanah yang sudah diberikan rakyat pada PRU15,” katanya kepada Bernama.

Profesor Sains Politik Universiti Putra Malaysia (UPM) itu menyifatkan konvensyen berkenaan seolah-olah memberi laporan kepada rakyat mengenai usaha yang telah dan akan dilakukan kerajaan pimpinan Anwar dalam mengemudi kerajaan yang telah melepasi 100 hari setelah mengambil alih tampuk kepimpinan negara.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Jamaie Hamil berkata konvensyen itu akan menjadi medan terbaik bagi kerajaan baharu membincangkan segala persoalan, pertanyaan dan permasalahan antara parti dalam kerajaan.

Dr Jamaie Hamil
Dr Jamaie Hamil

Selain membantu mencari hala tuju, beliau berkata konvensyen berkenaan juga akan memberikan impak yang cukup besar kepada rakyat di peringkat akar umbi untuk memahami arah tuju kerajaan supaya mereka terus memberikan sokongan.

Meskipun soal perpaduan bukan perkara baharu bagi Malaysia, penganalisis politik itu menyifatkan penubuhan Kerajaan Perpaduan antara ramuan terbaik dalam arena politik tanah air, justeru konvensyen itu akan mencari formula untuk mengekalkan perpaduan melalui pembentukan kerajaan berkenaan.

“Konvensyen ini sangat relevan kerana keputusan nanti untuk nyatakan mengapa Kerajaan Perpaduan ini dibentuk, mengapa ia perlu dikekalkan, mengapa ia perlu disokong dan atas alasan apa kerajaan ini akan terus menjadi pemerintah yang terbaik selepas era demokrasi di negara ini berkembang,” katanya.

Bagi Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Ewon Benedick, konvensyen itu penting kerana ia ialah platform sumbang rumus ke arah menjadikan Malaysia negara yang lebih progresif, harmoni, bersatu dan membangun.

Datuk Ewon Benedick
Datuk Ewon Benedick

Selaku Presiden UPKO, katanya beliau ingin menyampaikan aspirasi berkenaan kepada sidang konvensyen dan rakyat Malaysia secara amnya.

“Bagi UPKO, pentadbiran negara harus dipimpin oleh gagasan politik pelbagai kaum yang progresif dan tidak ekstrem kepada dasar satu-satu kaum dan agama. Sebab itu, UPKO berasa lebih senang menjadi sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar dan akan memainkan peranan dalam memberi input-input tadbir urus negara ini,” katanya.

Ewon yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata Kerajaan Perpaduan nyata gagasan yang lebih progresif untuk mencorakkan masa depan 60 tahun Malaysia yang seterusnya.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata penganjuran Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan dijadualkan pada 14 Mei di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, boleh meningkatkan keserasian kepimpinan parti politik di bawah Kerajaan Perpaduan.

Presiden UMNO itu memaklumkan ia adalah untuk memperlihatkan perpaduan dalam kalangan parti gabungan terhadap kepimpinan Anwar. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 6 bulan yang lalu

Tak Rasmi: GRS Dahului PRN Sabah, Ewon Kuasai Kadamaian

2

Politik 2 tahun yang lalu

Calon Kerajaan Perpaduan Untuk PRK Sungai Bakap Diumum Minggu Depan - PM

3

Politik 2 tahun yang lalu

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 17 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad