web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


UDA Akan Bangunkan Kedai Koperasi Di Negeri Sembilan - MEDAC

Ekonomi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Feb 2021 11:30AM

UDA Holdings Berhad

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) melantik UDA Holdings Bhd (UDA) untuk membangunkan kedai koperasi di Kuala Klawang, Negeri Sembilan.

UDA dalam satu kenyataan hari ini berkata, projek UDA Niaga itu akan melibatkan pembangunan empat lot rumah kedai dua tingkat di kawasan seluas 0.069 hektar (0.17 ekar) milik Koperasi Kakitangan Kerajaan Daerah Jelebu Bhd.

“Pembangunan siap guna itu dijangka mengambil masa lapan bulan untuk disiapkan. Anggaran Kos Pembangunan Kasar (GDC) adalah sebanyak RM1.7 juta dengan menggunakan geran yang disediakan oleh kerajaan bagi menguruskan serta membangunkan projek.

“Ia kemudiannya akan diserahkan kepada pemilik tanah setelah siap dibina. Projek itu bakal menjadi pemangkin untuk membantu menjana ekonomi setempat,” kata pemaju hartanah dan syarikat pengurusan aset itu yang berada di bawah MEDAC.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata masyarakat akan mendapat banyak manfaat kerana UDA Niaga akan terletak berdekatan dengan sekolah dan pejabat kerajaan.

Kerajaan berharap inisitif ini akan menjadi contoh kepada koperasi lain untuk menggalakkan semangat keusahawanan dalam kalangan ahli koperasi, usahawan dan juga masyarakat setempat,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

UDA Umum Pelantikan Mohd Annuar Sebagai Pengerusi 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan