web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penjawat Awam Terlibat Tugas Pasca Banjir Layak Dapat Elaun 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2023 9:00PM

Penjawat awam terlibat turut dilindungi Skim Ex-Gratia Bencana Kerja Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan tertakluk kepada syarat di bawah Pekeliling Perbendaharaan W.P 6.3. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penjawat awam yang terlibat dengan aktiviti kesukarelawanan tugas pasca banjir dianggap menjalankan tugas rasmi dan layak menerima elaun dan kemudahan yang berkelayakan.

Perkara itu dinyatakan dalam surat edaran ‘Pelaksanaan Pasukan Sukarelawan Penjawat Awam Bagi Pengurusan Pasca Banjir’ bertarikh 17 Mac 2023 yang ditandatangani Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Dr Zulkapli Mohamed.

Menurut surat edaran itu, penjawat awam terlibat turut dilindungi Skim Ex-Gratia Bencana Kerja Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan tertakluk kepada syarat di bawah Pekeliling Perbendaharaan W.P 6.3.

Katanya, arahan tersebut berkuat kuasa pada 17 Mac lalu dan surat berkenaan sudah diedarkan kepada semua Ketua Setiausaha kementerian.

“Mesyuarat pasca Kabinet Jabatan Perdana Menteri (JPM) Bil 8 Tahun 2023 bertarikh 17 Mac 2023 memutuskan untuk menggerakkan semula Pasukan Sukarelawan Penjawat Awam (PSPA) dari semua kementerian, jabatan dan agensi bagi pengurusan pasca banjir untuk digerakkan ke kawasan yang terjejas.

“Sehubungan itu, kementerian, jabatan dan agensi dikehendaki menentukan dan mengarahkan pegawai di agensi masing-masing untuk membantu melaksanakan aktiviti kesukarelawanan tugas pasca banjir berdasarkan kawasan yang telah ditetapkan,” katanya.

Dalam pada itu, berdasarkan surat edaran itu, pihak kementerian, jabatan dan agensi bertanggungjawab menguruskan tuntutan pegawai terlibat tertakluk kepada peraturan yang berkuat kuasa.

Awal hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan PSPA Pasca Banjir ke Johor yang disertai seramai 1,520 penjawat awam yang mewakili pelbagai kementerian, jabatan dan agensi kerajaan.

Misi selama dua hari itu dikhususkan ke kawasan yang terjejas di sekitar daerah Batu Pahat.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) berperanan mengatur usaha mobilisasi pegawai perkhidmatan awam serta menyelaras pembahagian kawasan terjejas banjir kepada pihak kementerian bagi membantu kerja pembersihan dan kemanusiaan.

Usaha kali ini lebih tertumpu dan bersasar kepada aspek pembersihan fasiliti perubatan dan pendidikan, bangunan kerajaan serta tempat awam.

Antara bantuan dikenal pasti ialah tenaga kerja pembersihan; sumbangan bakul makanan, peralatan pembersihan dan kelengkapan asas persekolahan; penyelenggaraan kenderaan kecil; baik pulih peralatan elektrik kecil, termasuk kerja pendawaian berskala kecil; serta khidmat sokongan psikologi dan kaunseling.

Sebanyak 153 kenderaan terdiri daripada 26 bas atau 'coaster', 16 van, lapan lori, 64 kenderaan pacuan empat roda dan 39 kereta digerakkan dalam operasi bantuan kali ini.

Pada 17 Mac lalu, Anwar mengarahkan semua jentera kementerian membantu misi pasca banjir di Johor dengan RM150 juta peruntukan tambahan telah disegerakan oleh Kementerian Kewangan. - Getaran, 21 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Kes Bunuh Nur Farah Kartini: Teman Lelaki Direman 7 Hari

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Diperdaya ‘Phone Scam’, Penjawat Awam Rugi Lebih RM150,000

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kenaikan Gaji, Elaun Tetap Penjawat Awam Lebih 13 Peratus Mulai 1 Disember Ini - PM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad