web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Warga Emas Putih Mata Wang 'Dikapur' Macau Scam

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Feb 2021 4:18PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR: Akibat terpedaya dengan penyamaran ‘pegawai’ Pos Laju Malaysia dan ‘Sarjan Fairul’, seorang pesara wanita warga emas berputih mata apabila wang simpanan berjumlah lebih RM1 juta lesap sejak September tahun lalu. 

Wanita berusia 74 tahun itu pada mulanya dikatakan menerima panggilan telefon dari Ibu Pejabat Pos Laju Malaysia, berhubung satu bungkusan mengandungi kad pengenalan, buku cek dan tiga keping kad bank yang dihantar ke Sabah atas namanya pada 25 September tahun lalu. 

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faizal, panggilan itu kemudiannya dikatakan disambung ke Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Sabah dan mangsa diminta meneruskan perbuatan bersama individu dikenali sebagai ‘Sarjan Fairul’. 

Menurut beliau, mangsa diberitahu terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram dan berada dalam siasatan polis. 

“Beliau kemudian diminta bercakap dengan seorang individu lain,   hanya dikenali sebagai Si Wan yang memaklumkan, wanita itu akan ditahan dan direman sekiranya enggan memberikan kerjasama. 

“Takut dengan ancaman itu, mangsa mengikut segala arahan dengan memberikan semua maklumat sulit mengenai akaun bank miliknya. 

“Pada 1 Oktober, mangsa memindahkan wang daripada akaun Tabung Haji (TH) ke dalam akaun Maybank miliknya sebanyak RM833,000,” katanya. 

Ezanee berkata, ia disusuli dengan menyerahkan kad ATM Maybank miliknya untuk pengeluaran semua wang berkenaan, kononnya atas tujuan audit, empat hari selepas itu. 

Beliau memberitahu, mangsa kemudian meletakkan kad bank miliknya di atas peti surat di sebuah pusat beli belah, berpandukan kepada arahan yang diberikan. 

 “Pada 28 Oktober, mangsa melakukan transaksi pemindahan wang daripada akaun CIMB ke dalam akaun Maybank miliknya berjumlah RM75,000. 

“Mangsa juga telah membuat empat lagi transaksi wang ke dalam akaun Maybank yang sama, berjumlah RM84,500 dengan nilai keseluruhan kerugian dialaminya adalah sebanyak RM1,007,673.33,” katanya. 

Ezanee berkata, modus operandi sindiket ini masih lagi menyasarkan golongan warga emas yang kurang pendedahan mengenai trend jenayah siber masa kini. 

Beliau turut menasihatkan  orang ramai agar tidak mudah panik dan terpedaya dengan tipu helah serta ugutan sindiket. 

“Sekiranya orang ramai menerima panggilan sebegini yang mencurigakan, hubungi ahli keluarga dan berbincang terlebih dahulu dengan isi rumah, atau menghubungi polis dengan segera,” katanya.  – Getaran, 4 Februari 2021 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 5 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tiada Lagi Caj RM1 Untuk Pengeluaran Wang Antara Bank Mulai 1 Julai

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Wong Chen, Cukuplah Bersandiwara, Jangan Terus Berlagak Mangsa’ - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bunuh, Bakar Teman Wanita Hamil: Pendakwa Mohon Kekal Hukuman Mati Tertuduh 

oleh Sophia Ahmad