web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Perlu Rujuk MAINPP Untuk Program Lawat Rumah Ibadat Bukan Islam

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2023 7:00AM

Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KEPALA BATAS - Sebarang program mengajak umat Islam melawat rumah ibadat bukan Islam di negeri ini perlu merujuk kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).

Yang Dipertua MAINPP Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman yang juga Timbalan Ketua Menteri I berkata ia bagi memastikan penganjur mematuhi semua garis panduan termasuk perkara yang boleh serta tidak boleh dilakukan pada program itu.

“Kita nak penganjur yang nak anjurkan tu pun mestilah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ada kaitan dengan perpaduan atau kerja-kerja sosial, kalau bukan … memang tidak digalakkan untuk anjur program sedemikian.

“Sebab itu kita minta mana-mana pihak nak anjurkan program sedemikian agar rujuk MAINPP dulu kerana ia perlu dijalankan dalam keadaan terkawal, saya juga pasti perkara ini telah ada permohonan dan panduan yang telah diberikan oleh pejabat mufti sebelum ini.. ia boleh dirujuk semula,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pentauliahan Amil Zakat Fitrah dan Sumbangan Ehya’ Ramadan, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada Pulau Pinang akan mengikut langkah Selangor yang melarang sama sekali penganjuran sebarang program melibatkan umat Islam di rumah ibadah agama lain di negeri tersebut.

Ahmad Zakiyuddin berkata Pulau Pinang tetap mematuhi undang-undang dalam Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam berhubung hal-ehwal agama Islam di negeri itu, termasuk melarang penyebaran agama bukan Islam kepada umat Islam.

Baru-baru ini, sebuah portal media tempatan melaporkan sebuah NGO, Impact Malaysia, menganjurkan program Projek Artikel 11: ‘Ziarah Gereja’ yang mempelawa belia penganut agama selain Kristian untuk menyertai program itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Syarikat Swasta, NGO Dipelawa Jalin Kerjasama Dengan YKN Anjur Program Kebajikan - Nancy

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Wang Bidaan Jam Rolex Sudah Diserahkan Kepada NGO Bantu Rakyat Palestin 

3

Semasa 2 tahun yang lalu

SPRM Selesai Temu Bual Saksi Isu NGO Kutip Derma Rakyat Palestin

4

Politik 2 tahun yang lalu

Sudah-Sudahlah Desak Ahmad Zahid Berundur, Ini Masa Kukuhkan Negara!

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 10 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar