web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pindaan Akta 588 Perbaiki Aspek Keselamatan Digital Bagi Keperluan Masa Depan - Fahmi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2023 3:14PM

Fahmi berkata pindaan itu juga bagi menggalakkan pembangunan industri komunikasi dan multimedia di negara ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Langkah memperbaiki aspek keselamatan dan rangkaian susulan peningkatan penggunaan dan kebergantungan orang ramai terhadap perkhidmatan digital merupakan antara objektif  bagi meminda Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata pindaan itu juga bagi menggalakkan pembangunan industri komunikasi dan multimedia di negara ini demi keperluan masa hadapan, memandangkan akta itu tidak pernah dipinda sejak 25 tahun lepas.

“Akta ini belum pernah dipinda dan semestinya kita tahu 25 tahun lalu dan sekarang serta 25 tahun akan datang, keadaan teknologi, penggunaan, platform yang ada, juga sangat berbeza.

“Jadi, bila pihak kementerian meneliti secara keseluruhan memandangkan perubahan yang besar sedang berlaku contohnya kalau dulu kita cuma guna 2G dan 3G, sekarang ada 5G,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Dr Kevin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) mengenai hasrat kementerian untuk meminda Seksyen 233 Akta 588 bagi memastikan ia tidak disalah guna.

Justeru, beliau berharap Ahli Parlimen, pertubuhan bukan kerajaan, orang ramai dan pakar perundangan dapat memberikan maklum balas kepada kementerian bagi menambah baik undang-undang itu.

Menjawab soalan tambahan Yii berkenaan langkah kementerian bagi memastikan akta tersebut tidak disalah guna bagi tujuan pendakwaan terhadap kes hantaran jelik, Fahmi berkata berdasarkan aduan yang diterima, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) secara amnya, akta tersebut tidak disalah guna.

Katanya berdasarkan statistik MCMC, sebanyak 2,804 aduan diterima sejak Januari  2019 hingga Januari lepas dan daripada jumlah itu, sebanyak 1,625 adalah aduan berkaitan kandungan bersifat lucah, 564 aduan berkaitan maklumat palsu dan 541 kandungan jelik.

“Kita juga melihat pola penggunaan platform media sejak 2009 dan kita juga akan bincang dengan Kementerian Dalam Negeri untuk memastikan akta dan seksyen tersebut tidak disalah guna,” katanya.

Menjelas lanjut, Fahmi berkata pada umumnya Seksyen 233 Akta 588 bertujuan menangani penyalahgunaan kemudahan rangkaian, perkhidmatan rangkaian dan aplikasi termasuk media sosial bagi tujuan penyebaran kandungan yang bersifat lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelek dengan niat menyakitkan hati, menganiaya, mengugut dan mengganggu orang lain.

Menjawab soalan tambahan Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh (PN-Pasir Puteh) berhubung langkah kerajaan untuk membuat semak dan imbang berkenaan isu politik yang dikeluarkan pemimpin, Fahmi menyarankan orang ramai membuat semakan fakta melalui platform yang disediakan MCMC dan Bernama.

“MCMC ada unit dinamakan SEBENARNYA.MY untuk memperjelaskan dan memperbetulkan maklumat palsu dan Bernama mempunyai platform MyCheck.My (MyCheck Malaysia) untuk sahkan sesuatu yang disampaikan itu betul atau tidak,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

3

Sukan 4 minggu yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad