web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MBI Cadang Senaraikan Michelle Yeoh Antara Tokoh Dalam 'Hall Of Fame'

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Mar 2023 7:23AM

Michelle Yeoh yang melakar sejarah dinobatkan Pelakon Wanita Terbaik pada Anugerah Akademi (Oscar) ke-95 menerusi lakonannya dalam filem 'Everything Everywhere All at Once' - Gambar Fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bercadang untuk mengadakan ‘Hall Of Fame’ melibatkan beberapa tokoh paling terkenal yang berasal dari bandaraya ini.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin, berkata antara nama yang dicadangkan termasuk aktres Tan Sri Michelle Yeoh yang melakar sejarah dinobatkan Pelakon Wanita Terbaik pada Anugerah Akademi (Oscar) ke-95 menerusi lakonannya dalam filem Everything Everywhere All at Once.

"Kita mengucapkan tahniah dan syabas kepada Tan Sri Michelle Yeoh yang mana bagi saya beliau adalah pempengaruh kepada Bandaraya Ipoh itu sendiri kerana bukan sahaja terkenal di rantau ini tetapi boleh membawa nama Ipoh ke peringkat antarabangsa.

"Untuk buat muzium kita ada cadangan, sekarang kita sedang lihat beberapa tokoh...kemungkinan kita hendak buat ‘Hall Of Fame’," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan prapelancaran Green Green Restoran dan Kafe di Bandar Meru Raya, di sini semalam.

Beliau berkata kejayaan seniwati kelahiran Ipoh itu juga diharapkan dapat menarik lebih ramai pelancong domestik dan antarabangsa ke bandaraya ini.

Yeoh, 60, menewaskan empat pencabar lain bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik iaitu Cate Blanchett (Tar), Ana de Armas (Blonde), Andrea Riseborough (To Leslie) dan Michelle Williams (The Fabelmans) pada majlis yanga berlangsung di di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat, pagi ini.

Pada Januari lalu, Yeoh meraih trofi Pelakon Wanita Terbaik Muzikal/Komedi pada Anugerah Golden Globe ke-80, Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Screen Actors Guild (SAG) ke-29 pada awal Februari dan Lakonan Terbaik pada Anugerah Spirits, baru-baru ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 bulan yang lalu

Michelle Yeoh Terima Penghormatan Walk Of Fame

2

Semasa 1 tahun yang lalu

3 Lelaki Ditahan Miliki Senjata Berbahaya, Peralatan Polis

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Suri Rumah Didakwa Bunuh Anak Angkat Usia 5 Tahun

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Kilang Ubat Di Ipoh Musnah Terbakar

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 22 jam yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad