web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kilang Ubat Di Ipoh Musnah Terbakar

Video & Galeri Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2024 4:18PM

gambar JBPM Perak

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebuah bangunan kilang pengeluaran ubat di Jalan Kuala Kangsar, Ipoh musnah dalam kebakaran, malam tadi.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 10.25 malam.

"Setibanya jentera di lokasi kejadian mendapati terdapat kebakaran kilang melibatkan bangunan kelas A tempat penghasilan ubat terbakar dalam lingkungan 80 peratus.

"Terdapat bahan kimia seperti klorin dan alkohol di dalam bangunan tersebut dan disyaki mengalami kebocoran," katanya.

Justeru, beliau berkata, Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) turut digerakkan ke lokasi bagi mengenal pasti tahap kebocoran. - Getaran, 20 Mac 2024

@getaranmy Sebuah kilang di Jalan Kuala Kangsar terbakar malam tadi. Dikatakan punya kebakaran bermula dari lintar pintas. Layari www.getaran.my untuk berita terkini penuh informasi! #GetaranMY #Semasa #terkini ♬ original sound - Getaran

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang