web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Perlu Ambil Tindakan Tegas Bendung Penyebaran LGBT - Pejuanita

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Mar 2023 3:59PM

Tindakan sekumpulan penyokong gaya hidup songsang ini yang mengadakan perarakan terbuka sempena Hari Wanita Antarabangsa, Ahad lalu, adalah keterlaluan. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa mengambil tindakan tegas dalam membendung penyebaran gaya hidup songsang lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ) yang diperjuangkan beberapa kumpulan hak asasi manusia di negara ini.

Ketua Pejuanita PEJUANG, Datin Che Asmah Ibrahim berkata, tindakan sekumpulan penyokong gaya hidup songsang ini yang mengadakan perarakan terbuka sempena Hari Wanita Antarabangsa, Ahad lalu, adalah keterlaluan.

Menurut beliau, tindakan keterlaluan itu mencemarkan syiar agama Islam sebagai agama Persekutuan dan nilai sejagat sosio budaya masyarakat Malaysia.

“Ia juga menimbulkan keresahan dalam kalangan penganut agama lain dari pelbagai kaum di negara ini, kerana gaya hidup songsang LGBTQ ditolak oleh semua ajaran agama utama dunia.

“Walaupun Malaysia meratifikasi Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW), namun ianya dibuat dengan beberapa reservasi yang dilihat bercanggah dengan ajaran Islam dan amalan hidup beragama masyarakat Malaysia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Che Asmah berkata, pejuangan hak wanita di negara ini seharusnya tidak dilihat dalam kerangka perjuangan hak asasi semata-mata.

Katanya, ia juga perlu mengambil kira batasan yang telah ditetapkan oleh agama dan latar belakang budaya masyarakat negara ini.

“Pejuanita mengambil pendekatan pertengahan (wasatiyah) dalam memperjuangkan hak wanita, iaitu tidak terlalu konservatif atau liberal sehingga melanggar batas ditetapkan oleh ajaran agama.

“Dalam memperjuangkan hak wanita di negara ini, Pejuanita menggesa agar kita kembali kepada prinsip asas yang mengaitkan antara peranan, tanggungjawab dan hak wanita dalam aspek membangunkan diri, keluarga, masyarakat dan negara,” katanya.

Terdahulu, polis mengesan 150 individu terbabit dalam perhimpunan serta perarakan di hadapan Kompleks Sogo ke Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya berjaya mendapat maklumat berkaitan perhimpunan terbabit sekitar pukul 10 pagi.

“Hasil daripada pemerhatian yang dibuat, kita dapati seramai lebih kurang 150 orang terdiri daripada aktivis hak asasi (NGO), mahasiswa dan ahli parti politik.

“Mereka menyertai perhimpunan tersebut sambil memegang plakad di antaranya ‘Imagine If Men Are As Disgusted With Rape As With Periods, Child Not Pride,Trans Women Are Woman, Police Your Behaviour Not My Body’ dan lain-lain lagi,” katanya.

Menurut beliau, kesemua individu yang sedang dikenal pasti akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk diambil keterangan bagi siasatan di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Akta Kesalahan Kecil 1955. – Getaran, 14 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Berpendirian Jelas Tidak Terima LGBT - Mohd Na'im

2

Semasa 2 tahun yang lalu

KPM Teliti Semula Syarat Kemasukan Kanak-Kanak Ke Sekolah

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Pusat Urut Tawar Seks Songsang Diserbu, 6 Ditahan

4

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Maaf, Kami Juga Sayangkan Anda’: Coldplay Kekal Positif Biarpun Ada Pihak Tidak Selesa Kehadirannya

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 minit yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 4 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad