web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pusat Urut Tawar Seks Songsang Diserbu, 6 Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2023 6:08PM

Selain menyediakan khidmat urutan, premis tersebut turut menawarkan perkhidmatan seks songsang kepada pelanggan lelaki. - Gambar ihsan JIM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kegiatan sebuah pusat urut menawarkan perkhidmatan seks songsang dengan kadar bayaran sehingga RM300 akhirnya terbongkar apabila premis tersebut diserbu Jabatan Imigresen (JIM), semalam.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, seramai lima lelaki yang bekerja sebagai tukang urut dan seorang penjaga premis berkenaan ditahan dalam serbuan pada jam 7.15 petang oleh Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Imigresen Putrajaya.

Seramai lima lelaki yang bekerja sebagai tukang urut dan seorang penjaga premis berkenaan ditahan Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Imigresen Putrajaya. - Gambar ihsan JIM
Seramai lima lelaki yang bekerja sebagai tukang urut dan seorang penjaga premis berkenaan ditahan Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Imigresen Putrajaya. - Gambar ihsan JIM

Menurutnya, selain menyediakan khidmat urutan, premis tersebut turut menawarkan perkhidmatan seks songsang kepada pelanggan lelaki.

Beliau berkata, terdapat beberapa pelanggan warga tempatan di premis berkenaan semasa serbuan dilakukan.

“Warga asing yang ditahan terdiri daripada lima lelaki warga Indonesia dan seorang lelaki warga Myanmar berusia dalam lingkungan 26 hingga 38 tahun. Salah seorang lelaki Indonesia adalah penjaga premis ataupun ‘Daddy’ kepada semua tukang urut. 

“Pemeriksaan awal mendapati mereka melakukan pelbagai kesalahan seperti tidak memiliki dokumen perjalanan, Pas Lawatan Sosial (PLS) tamat tempoh dan ada yang menyalahgunakan kemudahan tersebut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Ruslin berkata, sindiket yang beroperasi sejak setahun lalu itu akan mengiklankan pakej urutan khas untuk lelaki di laman sosial, grup WhatsApp dan Telegram sebagai modus operandinya.

Katanya, pelanggan yang berminat perlu menghubungi nombor yang diberikan, selain diberikan beberapa gambar seksi tukang urut untuk mereka membuat pilihan pakej khas yang ditawarkan.

Antara produk yang dipercayai digunakan untuk khidmat mengurut di premis terbabit. - Gambar ihsan JIM
Antara produk yang dipercayai digunakan untuk khidmat mengurut di premis terbabit. - Gambar ihsan JIM

“Penjaga premis ataupun ‘Daddy’ akan memberikan lokasi pandu arah kepada pelanggan. Sindiket ini beroperasi di premis perniagaan dua tingkat dengan menjadikan tingkat satu sebagai pusat urut dan tingkat dua sebagai tempat tinggal. 

“Bayaran bagi mendapatkan perkhidmatan urut adalah sekitar RM200 hingga RM300 untuk tempoh sejam bergantung kepada ‘pakej’ yang dipilih oleh pelanggan. Sindiket itu juga dipercayai mengaut keuntungan hampir RM650,000 hasil daripada perkhidmatan urut dan seks songsang,” katanya.

Dalam pada itu, Ruslin menegaskan, kesemua warga asing yang ditahan sudah dibawa ke Depot Imigresen Putrajaya untuk tindakan dan siasatan lanjut, selepas disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. 

“Manakala seramai tujuh lagi lelaki tempatan dikenakan notis untuk hadir memberi keterangan bagi membantu siasatan. Mereka adalah pelanggan yang berada di dalam premis pusat urut tersebut semasa serbuan dilakukan. 

“Kita terus menjalankan operasi penguatkuasaan dan mengesan sindiket terutama melibatkan warga asing atau kesalahan di bawah Imigresen,” katanya.

Beliau turut menggesa orang ramai untuk terus menyalurkan maklumat berhubung aktiviti yang melanggar undang-undang dan tidak bermoral supaya tindakan pantas dan tegas dapat diambil. - Getaran, 26 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Sindiket Pelacuran Warga Asing Tumpas, 75 Individu Ditahan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

15 Tukang Urut Warga Asing Dicekup Dalam Serbuan Di Cheras

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Perkhidmatan ‘Autogate’ Di Pintu Masuk Utama Ditambah Baik - Ruslin

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Menguasai Bahasa Kebangsaan Dengan Baik Bukan Syarat Perbaharui Pasport - JIM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi