web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Menguasai Bahasa Kebangsaan Dengan Baik Bukan Syarat Perbaharui Pasport - JIM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Apr 2024 5:01PM

Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datuk Ruslin Jusoh. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen Malaysia menafikan dakwaan bahawa permohonan memperbaharui pasport akan ditolak jika warga negara Malaysia gagal menguasai bahasa kebangsaan.

Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datuk Ruslin Jusoh memaklumkan dalam mengendalikan sebarang urusan, semua pegawainya sudah diingatkan supaya menyantuni pelanggan mengikut prosedur operasi standard ditetapkan oleh jabatan itu. 

Bagaimanapun, katanya, ketika melaksanakan tanggungjawab terbabit, pegawai imigresen bertugas akan melakukan semakan secara rawak daripada pelbagai aspek bagi mengesahkan permohonan.

Namun, beliau berkata, proses semakan berkenaan perlu dilaksanakan secara profesional dan berhemah.

"Jabatan ini ingin menegaskan bahawa pegawai-pegawai Imigresen tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan.

"Namun demikian, ingin saya perjelaskan bahawa dalam melaksanakan tanggungjawab, pegawai-pegawai Imigresen akan melaksanakan semakan rawak dari pelbagai aspek bagi mengesahkan permohonan. 

"Walau bagaimanapun, semakan ini perlu dilakukan secara profesional dan berhemah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ruslin berkata demikian ketika mengulas mengenai kekecewaan seorang lelaki kerana gagal memperbaharui pasport milik ibunya di UTC Pulau Pinang kerana wanita itu tidak boleh berbahasa Melayu.

Menurut Ruslin, wanita berkenaan sudah berjaya memperbaharui pasportnya dan sudah mengambil pasport terbabit di pejabat UTC Pulau Pinang pada 22 April lalu.

"Jabatan komited dalam memberikan perkhidmatan yang baik kepada pelanggan dan sentiasa mengingatkan semua pegawai untuk menyantuni pelanggan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Jabatan," katanya.

Terdahulu, seorang lelaki berkongsi kekecewaannya di media sosial selepas gagal memperbaharui pasport ibunya di UTC Pulau Pinang atas alasan gagal menguasai bahasa kebangsaan.

Dalam hantaran itu, lelaki terbabit berkata: "Tak boleh cakap Bahasa Melayu apa hubungan dengan renew (perbaharui) passport? Kalau uncle aunty (mak cik pak cik) tua-tua tak boleh cakap Bahasa Melayu tak boleh renew (perbaharui) passport lorrr?"

"What is your understanding or (Apa yang anda faham atau) standard BOLEH CAKAP BAHASA MELAYU? Perlu buat pemeriksaan sekali ke untuk Bahasa Melayu?! Atau tunjuk UPSR SPM Cert (Sijil) Bahasa Melayu Pass (Lulus)/Credit? (Kredit)"

Difahamkan, hantaran itu sudah dipadamkan oleh lelaki terbabit. - Getaran, 24 April 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Sindiket Pelacuran Warga Asing Tumpas, 75 Individu Ditahan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

15 Tukang Urut Warga Asing Dicekup Dalam Serbuan Di Cheras

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Perkhidmatan ‘Autogate’ Di Pintu Masuk Utama Ditambah Baik - Ruslin

4

Rencana 2 tahun yang lalu

Pencabulan Bahasa Dalam Iklan Jadi Norma Yang Sukar Dibetulkan

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad