web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Maaf, Kami Juga Sayangkan Anda’: Coldplay Kekal Positif Biarpun Ada Pihak Tidak Selesa Kehadirannya

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2023 9:43PM

Chris Martin (kanan) berkata, kumpulan itu menyayangi semua orang, termasuk individu yang kurang menerima kehadiran mereka - Gambar Fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Walaupun menerima reaksi kurang baik daripada segelintir pihak bagi mengadakan persembahan di Malaysia pada 22 November ini, kumpulan muzik yang juga pemenang Anugerah Grammy, Coldplay tidak melatah, malah bersikap positif.

Dalam temu bual dengan penyampai radio Hitz FM yang mengendalikan segmen pagi, Anne Jacyntha dan Arnold Loh, vokalis kumpulan itu, Chris Martin menyatakan bahawa rakyat Malaysia membangkitkan ‘rasa cinta dan kemesraan’ mendalam buat kumpulan itu setiap kali mereka bertemu.

Justeru, beliau berkata, kumpulan itu menyayangi semua orang, termasuk individu yang kurang menerima kehadiran mereka.

Ia dilihat sebagai respons kepada kritikan diberikan beberapa ahli politik dan pemimpin agama yang meminta kerajaan membatalkan konsert kumpulan itu.

“Sesiapa yang tidak gembira kami datang, kami minta maaf, tetapi kami menyayangi anda,” kata Martin.

Dalam temu bual itu, Martin juga mengalu-alukan semua orang untuk menghadiri konsert terbabit dan menjadi diri mereka sendiri.

“Semua orang dialu-alukan ke persembahan kami. Kami sayang semua orang, semua jenis orang, semua agama.

“Semua pemimpin, semua pengikut, tiada siapa terkecuali. Kami benar-benar mahu anda datang ke persembahan kami dan berasa bebas untuk menjadi diri sendiri dan biarkan semua orang menjadi diri mereka sendiri,” katanya.

Coldplay menerima sambutan menggalakkan daripada peminat yang tidak sabar menyaksikan persembahan band kegemaran mereka itu, sehingga tiket konsert habis dijual dalam beberapa jam, malah berdepan ‘gangguan’ di laman web jualan tiket kerana permintaan tinggi.

Bagaimanapun, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nasrudin Hassan, menggesa persembahan itu dibatalkan kerana ia boleh menggalakkan nilai hedonistik (mementingkan keseronokan) dan fahaman yang menyeleweng.

Sentimen beliau disokong Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman yang memberi amaran kepada umat Islam supaya tidak menghadiri konsert itu jika ia mempromosikan agenda Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT), memandangkan nilai terbabit bercanggah dengan pegangan agama.

Ketua Pemuda PAS Kelantan, Mohamad Kamal Mohamed pula menulis surat terbuka kepada pempengaruh masakan berasal dari negeri berkenaan, Khairul Aming dan mengkritik beliau kerana membeli tiket ke konsert itu. – The Vibes, 19 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar