web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Undi 18, 5 Anak Muda Kempen Undi Sarawak Fail Semakan Kehakiman

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 May 2021 9:09AM

Sekumpulan anak muda mewakili kempen Undi Sarawak menfailkan semakan kehakiman. - Gambar dari Facebook Lawyers Kamek 4 Change

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Lima anak muda tempatan mewakili kempen Undi Sarawak memfailkan semakan kehakiman terhadap Perdana Menteri, Kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Mahkahmah Tinggi Kuching, semalam.

Tindakan itu menyusul permohonan serupa dibuat sekumpulan 18 pemuda April lepas, yang kemudian menerima bantahan awal daripada Pejabat Peguam Negara.

Peguam dari Lawyers Kamek 4 Change (LK4C), Simon Siah berkata, pemohon menuntut deklarasi daripada mahkamah untuk mengisytiharkan penangguhan pelaksanaan Undi 18 oleh kerajaan sebagai tidak rasional.

Menurut beliau, mahkamah juga dituntut untuk mengisytiharkan penangguhan itu sebagai melanggar proses perundangan dan mencabul hak pengundi.

“Undi Sarawak merupakan sebuah kempen naungan Undi 18 yang berpendirian anak muda berumur 18 ke 20 tahun berhak untuk mengundi.

“Kelewatan pelaksanaan RUU Undi 18 akan menjejaskan anak muda tempatan secara langsung kerana Pilihan Raya Negeri Sarawak perlu diadakan selewat-lewatnya pada 7 Ogos 2021 atau dengan serta-merta sebaik sahaja tempoh Darurat ditamatkan,” katanya.

Simon berkata, RUU Undi 18 perlu dilaksanakan menjelang Julai 2021 agar 125,000 hingga 135,000 anak muda Sarawak yang  berusia 18 hingga 20 tahun tidak kehilangan hak mereka sebagai pengundi.

“Kami mengalu-alukan pembaharuan komitmen kerajaan dalam melaksanakan had umur mengundi baharu menjelang Julai 2021, namun kami mendapati bahawa masih belum ada pelan tindakan atau garis masa yang telah ditetapkan,” tegasnya.

Sebelum ini, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh dilaporkan berkata, pendaftaran pemilih automatik dan Undi 18 hanya boleh dilaksanakan selepas 1 September 2022, berbanding Julai tahun ini seperti perancangan awal.

Jelasnya, ia selepas menilai semula pelbagai kekangan dan isu yang telah menjejaskan perancangan serta persiapan awal SPR termasuk penularan wabak COVID-19.

Dalam hal ini Simon berkata, SPR perlu komited dengan pelaksanaan pendaftaran pemilih automatik dan Undi 18 seperti yang  diluluskan di Parlimen.

Katanya lagi, Undi Sarawak juga akan melancarkan kempen mengutip dana bagi membiayai tindakan undang-undang berkenaan. - Getaran, 5 Mei 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Hakim Tarik Diri Dengar Semakan Kehakiman Ibu Bapa Teoh Beng Hock

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Zuraida Fail Tindakan Undang-Undang Mohon RoS Iktirafnya Sebagai Presiden PBM

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Beku Akaun BERSATU Tidak Boleh Dicabar Melalui Semakan Kehakiman - Makhamah Diberitahu

4

Semasa 3 tahun yang lalu

11 Mei Keputusan Permohonan Ibu Tunggal Batal Penukaran Agama 3 Anaknya

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad