web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Zuraida Fail Tindakan Undang-Undang Mohon RoS Iktirafnya Sebagai Presiden PBM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Apr 2023 5:00PM

Zuraida Kamaruddin memfailkan tindakan undang-undang untuk memohon Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mengiktirafnya sebagai Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM) - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Datuk Zuraida Kamaruddin memfailkan tindakan undang-undang untuk memohon Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mengiktirafnya sebagai Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Zuraida, 65, memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman terhadap RoS sebagai responden menerusi Tetuan Ashmeer Ashrof di Mahkamah Tinggi di sini pada 24 Mac lepas.

Dalam permohonan tersebut, bekas Ahli Parlimen Ampang itu memohon deklarasi bahawa tindakan responden mengekalkan Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shein sebagai Presiden PBM adalah tidak sah selain memohon perintah mandamus mengarahkan RoS mendaftar atau mengiktirafnya sebagai presiden PBM berkuat kuasa dari 7 Oktober 2022.

Menerusi afidavit sokongan, beliau berkata menerima surat daripada PBM pada 27 Oktober 2022 yang memaklumkan mengenai pelantikan beliau sebagai Presiden PBM berkuat kuasa 7 Oktober 2022.

Bagaimanapun, Zuraida berkata beliau telah menerima surat daripada parti berkenaan bertarikh 19 Disember lepas yang menyatakan Soon mengisytiharkan diri sendiri sebagai Presiden PBM dan menggantung keahliannya.

Bekas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu berkata beliau mengetahui mengenai pemecatannya daripada PBM melalui portal berita The Star pada 27 Dis 2022, namun tidak pernah menerima sebarang notis, surat atau makluman daripada parti itu mengenai pemecatannya.

“Memandangkan YB (Yang Berhormat) Larry Soon telah dikekalkan oleh responden sebagai presiden PBM, tiada keperluan bagi PBM untuk mematuhi Fasal 14 di bawah perlembagaannya untuk memecat saya. Pemecatan saya yang tidak sah ini telah mendapat siaran media dan ini mengakibatkan kerosakan teruk kepada imej politik saya.

“Saya percaya bahawa sekiranya responden telah mendaftarkan saya sebagai Presiden PBM setelah menerima surat tersebut, saya tidak mungkin boleh dipecat secara tidak berpelembagaan,” kata Zuraida dalam afidavit itu.

Sementara itu, peguam Mohamed Ashmeer Ashrof yang mewakili Zuraida ketika dihubungi berkata permohonan tersebut akan didengar di hadapan Hakim Datuk Amarjeet Singh esok. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 3 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad