web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Beku Akaun BERSATU Tidak Boleh Dicabar Melalui Semakan Kehakiman - Makhamah Diberitahu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2023 10:03PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peguam Negara membantah permohonan parti BERSATU untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan akaun banknya bagi tujuan siasatan.

Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan, bagi pihak Peguam Negara, memberitahu Mahkamah Tinggi, di sini, bahawa perintah pembekuan oleh SPRM itu tidak boleh dicabar melalui permohonan semakan kehakiman.

“Kuasa mengeluarkan perintah pembekuan adalah salah satu mekanisme siasatan dan agensi penguatkuasaan undang-undang diberi kuasa untuk mengeluarkan perintah membekukan harta seseorang apabila memenuhi beberapa syarat,” katanya di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid.

Beliau berkata permohonan kebenaran itu harus ditolak atas alasan akaun bank BERSATU yang dibekukan telah menjadi subjek pertuduhan jenayah, menjadikan sebarang aduan berkaitan akaun bank tersebut berada dalam bidang kuasa mahkamah jenayah.

“Perintah pembekuan itu, yang dikeluarkan ke atas akaun bank BERSATU kini telah menjadi subjek dalam pertuduhan jenayah terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin (Presiden BERSATU).

“Oleh itu, kami menyatakan bahawa dengan membenarkan kebenaran semakan kehakiman terhadap perintah pembekuan tersebut akan membawa kepada campur tangan mahkamah sivil dalam melaksanakan kuasa penyeliaannya dengan bidang kuasa mahkamah jenayah,” katanya.

Pada 8 Mac lalu, Datuk Muhammad Suhaimi Yahya dan Muhyiddin bagi pihak parti berkenaan memfailkan semakan kehakiman itu dengan menamakan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki  dan 19 lain sebagai responden pertama hingga ke-20.

Antara respondennya ialah Pengarah Kanan Bahagian Siasatan, Datuk Seri Hishamuddin Hashim; Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA), Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin dan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Sri Khairul Dzaimee Daud.

Pada 10 Mac lalu, Muhyiddin, bekas Perdana Menteri, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi parti Bersatu dan dua pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram RM195 juta.

Tiga hari kemudian, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas satu pertuduhan terbabit aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM5 juta, awal tahun lalu.

Mengenai permohonan kebenaran Muhyiddin bagi mencabar larangan perjalanan terhadapnya, Shamsul berkata ia harus ditolak kerana ia sudah ditarik balik, menjadikan ia semata-mata bersifat akademik dan hipotesis.

“Bagaimanapun, pada masa ini, sekatan perjalanan masih dikenakan oleh responden ke-19 (Jabatan Imigresen) terhadap  Muhyiddin tetapi pengenaan itu dibuat berdasarkan permintaan Mahkamah Sesyen di sini, dalam surat bertarikh 10 Mac.

“Oleh itu, pasport antarabangsa Muhyiddin kekal dalam simpanan Mahkamah Sesyen dan beliau akan dikehendaki mendapatkan kebenaran mahkamah jenayah untuk melakukan perjalanan,” katanya.

Sementara itu, peguam Bersatu, Rosli Dahlan, berkata bahawa permohonan itu jelas tidak remeh atau menyusahkan dan ia memerlukan merit untuk dihujahkan di peringkat substantif.

Rosli berkata adalah tidak rasional bagi Jabatan Imigresen untuk mengenakan larangan perjalanan terhadap Muhyiddin hanya atas arahan SPRM.

Hakim Ahmad Kamal menetapkan 17 Mei ini bagi keputusan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 3 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan