web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Meski Hujan Lebat, Ribuan Umat Islam ‘Setia’ Berselawat Bersama PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2023 9:05PM

Disebabkan hujan lebat selama lebih satu jam, para peserta tidak dapat duduk di padang yang sepatutnya menjadi lokasi mereka berhimpun - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Hujan lebat tidak menghalang ribuan umat Islam menghadiri serta terus berada di Program Selawat dan Munajat Perdana Untuk Malaysia bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, di sini. 

Perdana Menteri yang tiba dengan berbaju Melayu putih, diiringi isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. 

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Aiman Athirah Sabu. 

Anwar Ibrahim ketika hadir pada program Selawat dan Munajat Perdana Untuk Malaysia bertemakan ‘Mahabbah Rasulullah Asas Kejayaan Malaysia MADANI’ di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur hari ini - Gambar Bernama
Anwar Ibrahim ketika hadir pada program Selawat dan Munajat Perdana Untuk Malaysia bertemakan ‘Mahabbah Rasulullah Asas Kejayaan Malaysia MADANI’ di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur hari ini - Gambar Bernama

Program bertemakan ‘Mahabbah Rasulullah Asas Kejayaan Malaysia Madani’ itu, dimulakan dengan doa dan seterusnya bacaan ayat suci Al-Quran oleh qari, Amirahman Abas serta diikuti selawat serta qasidah. 

Ia turut menampilkan barisan umarak dan ulama yang bersama-sama berselawat serta bermunajat demi Malaysia. 

Menurut penganjur, program itu bertujuan mengeratkan silaturahim dan sebagai platform interaksi serta ramah mesra antara rakyat bersama Perdana Menteri. 

“Program ini juga untuk memperkasa mahabbah dan kecintaan terhadap Rasulullah menerusi pembacaan qasidah dan selawat ke atas Nabi Muhammad.

“Ia juga sebagai usaha menelusuri dan meneladani akhlak, pengorbanan serta perjuangan Baginda,” katanya.

Sementara itu, menerusi pemerhatian Getaran, akibat hujan lebat sejak lebih satu jam, peserta tidak dapat duduk di padang yang sepatutnya menjadi lokasi mereka berhimpun.

Peserta sebaliknya berdiri dan berkumpul di bawah khemah.

Dimaklumkan, pengamal media yang membuat liputan di acara itu juga ‘terperangkap’ di kawasan solat wanita akibat hujan. – Getaran, 11 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 14 jam yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

Ekonomi 19 jam yang lalu

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

3

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

4

Politik 4 hari yang lalu

‘Serang Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan? Lebih Baik Anda Letak Jawatan’ - PM

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad