web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Vaksin COVID-19 Penting Sebagai Langkah Pencegahan - Pakar

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Feb 2021 3:48PM

Vaksin Pfizer - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Selepas bertapak di Malaysia sejak Januari 2020,  wabak COVID-19 terus menular, dengan peningkatan yang semakin membimbangkan kebelakangan ini. 

Sejak dikesan di Wuhan, China pada Disember 2019, boleh dikatakan tidak ada benua terlepas dari dijajah virus berkenaan, sekali gus menjadikan ia sebagai pandemik terburuk pernah berlaku ke atas tamadun manusia setakat ini. 

Serentak dengan kehadiran virus maut itu, negara utama dunia saling berlumba membangunkan vaksin bagi kegunaan manusia sejagat dan ia menjadi antara komoditi paling bernilai tinggi. 

Dalam keadaan dunia terbahagi kepada dua golongan, penyokong dan penentang, vaksin COVID-19 mencetuskan polemik sendiri, apabila masyarakat saling berbalas hujah, antara menerima dan menolak. 

Senario sama turut berlaku di Malaysia apabila golongan penentang yang melabelkan diri mereka sebagai Pro Choice tampil dengan pelbagai kenyataan, untuk menegakkan pendirian mereka. 

Laporan media luar berhubung kesan sampingan vaksin antara alasan yang sering diguna pakai bagi ‘menghalalkan’ pilihan mereka untuk menolak perkara itu, selain bahan digunakan. 

Dari aspek perubatan, pakar kesihatan bagaimanapun berkata, pengambilan vaksin dalam menangani COVID-19 amat penting sebagai langkah pencegahan bagi mengelak virus ‘pembunuh’ itu daripada terus bermutasi hingga menghasilkan varian baharu yang lebih ganas. 

Penolakan terhadap pengambilan oleh masyarakat berpotensi meningkatkan risiko jangkitan virus SARS-CoV-2, iaitu penyebab COVID-19  untuk erus bermutasi sekali gus menghasilkan varian baharu. 

Menjelaskan perkara itu, Pakar Virologi Molekul, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Nazlina Ibrahim berkata, virus berkenaan sekiranya dibiarkan terus bermutasi akan mengakibatkan vaksin dihasilkan menjadi kurang berkesan. 

Katanya, pengambilan vaksin secara besar-besar mampu mengawal penularan wabak ini dengan berkesan sekali gus mewujudkan  imuniti kelompok dalam kalangan rakyat Malaysia. 

“Jika virus ini terus tersebar,  varian baharu boleh terhasil akibat mutasi. Jika perubahan akibat mutasi itu terlalu ketara, ada kemungkinan vaksin yang telah dihasilkan menjadi kurang berkesan. 

“Bagaimanapun, antibodi terhasil terhadap vaksin terbabit masih boleh mengenal varian berkenaan cuma ia mungkin tidak bertindak balas seperti yang diharapkan,” katanya kepada Getaran. 

Mengulas lanjut beliau berkata, pengambilan vaksin juga amat penting untuk membolehkan orang ramai ‘membina’ imuniti terhadap wabak ini sekali gus melindungi golongan berisiko tinggi dan mengelak kematian. 

“Masyarakat tidak boleh memperlekehkan pengambilan vaksin COVID-19 dan mengaitkannya dengan teori konspirasi hingga mengakibatkan salah faham dalam kalangan rakyat . 

“Penghasilan vaksin bukanlah perkara mudah kerana ia dihasilkan mengikut piawaian dan etika yang ketat, selain ada data klinikal terhadap kajian dilaksanakan,” katanya. 

Walaupun seseorang individu itu telah divaksin, Dr Nazlina bagaimanapun berkata, pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) iaitu membasuh tangan, memakai pelitup muka dan mengelak kawasan sesak masih lagi perlu dipatuhi. 

Dalam perkembangan berkaitan, pengeluar vaksin BioNTech – Pfizer menjelaskan bahawa produk mereka mungkin boleh bertindak balas melawan variasi mutan seperti yang dikesan di United Kingdom (UK). 

Pencipta vaksin berkenaan, Dr Ugur Sahin berkata, secara saintifiknya, sistem imun boleh bertindak balas terhadap varian baharu virus, namun pihaknya boleh menyesuaikan vaksin berkenaan dalam tempoh enam minggu, jika terdapat keperluan. 

Secara prinsip pakar itu berkata, teknologi yang digunakan boleh membantu memulakan penghasilan vaksin yang 'meniru' mutasi baharu berkenaan, sekali gus membolehkan pihaknya menyediakan vaksin berkenaan dalam tempoh enam minggu. Dalam perkembangan berkaitan, pengeluar vaksin BioNTech – Pfizer menjelaskan bahawa produk mereka mungkin boleh bertindak balas melawan strain mutasi seperti yang dikesan di United Kingdom (UK). – Getaran, 3 Februari 2021 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Had Umur 16 Tahun Untuk Guna Media Sosial Bukan Sekatan, Tapi Perlindungan - Pakar

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

4

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 20 jam yang lalu

Pesawat Pengebom B-52 AS Terhempas Sejurus Berlepas, 8 Disahkan Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Wong Chen, Cukuplah Bersandiwara, Jangan Terus Berlagak Mangsa’ - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

oleh Sophia Ahmad