web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Muhyiddin Didakwa: ‘Dia Yang Cabar Sangat Suruh SPRM Siasat - Isham

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2023 4:01PM

Sebelum ini, Muhyiddin Yassin dipetik sebagai berkata, beliau tidak takut disiasat susulan dakwaan menyeleweng dana kerajaan berjumlah RM600 bilion ketika menerajui kerajaan - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pendakwaan dikenakan ke atas Tan Sri Muhyiddin Yassin seharusnya tidak dipertikaikan ‘puak’ dan penyokongnya, memandangkan pemimpin itu sendiri ‘mencabar’ pihak berkuasa melakukan siasatan berhubung penyelewengan dana kerajaan berjumlah RM600 bilion ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil berkata, tindakan diambil terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu adalah susulan kepada siasatan dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Yang saya tahu Muhyiddin hari itu dia dengan puak-puak dia cabar sangat, cabar kerajaan, cabar SPRM kata OK kalau betul (penyelewengan) dakwalah.

“Ada dia punya penyokong kata macam tu, kalau betul tangkaplah, so kali ini saya ingat SPRM ataupun pihak berkuasa sudah siasat,” katanya menerusi rakaman video di Facebook.

Isham berkata, beliau ada mendengar khabar angin terdapat menteri ketika pemerintahan kerajaan Muhyiddin selama 17 bulan itu sedang diasat.

Katanya, sekiranya spekulasi itu benar, ia adalah perkembangan bagus jika Malaysia mahu ‘membersihkan’ politik di negara ini.

Langkah tersebut tegasnya, bagi memberi amaran kepada sesiapa yang menganggotai kerajaan supaya lebih berhati-hati dan tidak melakukan salah guna kuasa.

“Kalau dulu orang berebut-rebut nak jadi Perdana Menteri sebab nak kuasa ke, projek ke, duit berbilion-bilion ke saya tak tahu. Kali ini kalau kita buat macam ini bagus, so (jadi) tak ada orang nak jadi menteri, Perdana Menteri kalau niat dia tak bersih, tak sucilah.

“Jadi kalau sesiapa nak jadi menteri, Perdana Menteri sebab nak duit, jadi kaya, makan rasuah tu lupakan sajalah.

“Kita nak orang yang betul-betul nak jadi menteri sebab dia nak berkorban dan berkhidmat untuk negara, bukan untuk kaya, makan rasuah apa semua ya,” katanya.

Beliau berkata, tindakan tegas diambil pihak berkuasa dan SPRM, termasuk menahan dan mendakwa ahli politik selepas siasatan dijalankan, mampu melahirkan individu lebih bertanggungjawab pada masa depan.

“Bila jadi menteri, jadi ahli politik ke apa, jangan makan rasuah, jangan ambil rasuah, lepas tu direct negotiation (rundingan terus)…,” tegasnya.

Pada masa sama, Isham berkata, beliau yakin walaupun seseorang pemimpin itu berperwatakan alim, mereka pasti tidak akan terlepas sekiranya melakukan perbuatan tidak bermoral.

“Mana-mana pemimpin yang melakukan kesalahan rasuah yang dibawa ke muka pengadilan dan dikenakan hukuman harus menghadapi perkara itu.

“Ia supaya Malaysia menjadi negara lebih bersih, supaya ahli politik jadi lebih berhati-hati,” ujarnya.

Sebelum ini, Muhyiddin dipetik sebagai berkata, beliau tidak takut disiasat susulan dakwaan menyeleweng dana kerajaan berjumlah RM600 bilion ketika menerajui kerajaan.

Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, beliau yakin tidak melakukan penyelewengan duit rakyat yang diamanahkan kepada kerajaan bagi tujuan membantu orang ramai, terutamanya ketika pandemik COVID-19.

Hari ini, Muhyiddin tiba di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pada jam 11.15 pagi selepas dipanggil pihak suruhanjaya itu bagi memberi keterangan, dipercayai berkaitan kes salah guna dana kerajaan di bawah Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).

Wan Saiful Wan Jan dihadapkan ke mahkamah, 21 Februari lalu - Gambar Fail
Wan Saiful Wan Jan dihadapkan ke mahkamah, 21 Februari lalu - Gambar Fail

Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki kemudian mengesahkan Muhyiddin Yassin akan didakwa di mahkamah esok.

Desas-desus Muhyiddin dibawa ke muka pengadilan tersebar sejak kebelakangan ini selepas mantan Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan dihadapkan ke mahkamah, 21 Februari lalu.

Bendahari Agung BERSATU, Datuk Salleh Bajuri turut ditahan SPRM pada 2 Februari lalu selepas diminta hadir ke Ibu Pejabat SPRM untuk memberikan penjelasan berkenaan pembayaran dibuat parti kepada pembekal dan vendornya.

Akhir bulan lalu, SPRM membekukan beberapa akaun milik parti BERSATU yang dipercayai ada kaitan dengan siasatan agensi itu terhadap penyelewengan dana kerajaan berjumlah RM92.5 bilion oleh PN, ketika melaksanakan pelbagai pakej rangsangan susulan pandemik COVID-19.

Pada 18 Februari lalu, Muhyiddin mengesahkan beliau dipanggil SPRM untuk memberi keterangan mengenai Program Jana Wibawa sebagai saksi dan bukannya suspek.

Bagaimanapun, sehari kemudian, SPRM mengesahkan Muhyiddin adalah antara suspek yang disiasat berhubung kes berkenaan dan siasatan ke atasnya masih diteruskan.

Program Jana Wibawa dilaksanakan ketika pandemik COVID-19 dan ia adalah kesinambungan kepada Program Pembangunan Kontraktor Binaan Bumiputera Berwibawa yang dimulakan pada 1993.

Pelaksanaannya diluluskan Jemaah Menteri pada 13 November 2020 ketika kerajaan ditadbir gabungan PN yang diterajui Muhyiddin. – Getaran, 9 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 22 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 3 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek