web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM Minta Pihak Berkuasa Tempatan Beri Perhatian Pembangunan Bandar Seimbang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2023 12:37PM

Anwar (tengah) menyempurnakan perasmian Festival Taman Kuala Lumpur 2023 di Taman Tasik Titiwangsa hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negara ini diminta agar memberi perhatian dan menyelesaikan isu perancangan kota atau bandar supaya ia seimbang dengan pembangunan sekali gus memenuhi keperluan penduduk bandar.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata meskipun tidak terlambat, keadaan dilihat agak ‘tenat’ kerana perancangan bandar sebelum ini mempunyai kelemahan dengan menjurus kepada pembangunan semata-mata.

“Kita lihat umpamanya keadaan tidak terkawal dan lebih parah bila ada kesenjangan kerana kota juga menzahirkan kawasan sesak, kawasan miskin bandar yang disebut slums, maknanya perancangan kita ada kelemahannya.

“Kita bangunkan bangunan yang tersergam indah, projek-projek mega kerana itu perlu untuk membangunkan (negara) tetapi kita lupa bahawa yang bekerja itu (penduduk) juga memerlukan perumahan dan akhirnya apabila hendak bangunkan perumahan, kos telah meningkat, kos tanah melambung tinggi,” katanya pada Festival Taman Kuala Lumpur 2023 di Taman Tasik Titiwangsa di sini hari ini.

Justeru, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata perancangan kota-kota besar sangat penting agar selari dengan konsep Malaysia MADANI yang dicetuskan beliau.

Anwar berkata semua pihak harus belajar daripada pengalaman kelemahan kota-kota besar seperti menghapuskan hutan dan mementingkan perniagaan semata-mata ketika merancang bandar.

“Saya katakan tidak terlalu lambat, tetapi sudah tenat kita. Mahu bangunkan perumahan rakyat, kosnya terlalu tinggi kerana kita tidak menetapkan kawasan-kawasan (untuk perumahan) dari awal. Kita hanya fikirkan gedung-gedung kerana gedung ini kadangkala memberikan pulangan yang lebih baik,” katanya.

Beliau turut mengingatkan pihak berkuasa tempatan bertanggungjawab dalam memastikan penyediaan kemudahan dan mengindahkan warung serta gerai kecil buat seluruh rakyat Malaysia.

“Kita mahu restoran lima bintang tetapi kita kena ingat warung-warung dan gerai itu penting kerana sebahagian besar rakyat tidak mampu mendekati restoran lima bintang maka tanggungjawab kita yang ada kuasa untuk pastikan kemudahan bagi rakyat terbanyak dan harus indah.

“Perumahan rakyat, mengindahkan warung dan gerai serta kedai-kedai runcit sekadar yang kita mampu... jadi akhirnya kita hidup dalam negara makmur tetapi kita kekalkan dua darjat jadi sebab itu (konsep) Malaysia MADANI ini kita harus ikhtiar,” katanya.

Mengenai Belanjawan 2023, beliau berkata isu miskin tegar, perumahan, gerai, nasib pekebun kecil dan penoreh getah diberi tumpuan serius dalam belanjawan Persekutuan dengan peruntukan tambahan.

Anwar juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah kerana mengerahkan jentera Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam menyelesaikan isu-isu gerai dan warung dalam meningkatkan kemudahan mencukupi serta selesa kepada mereka.

Berlangsung bermula 4 hingga 12 Mac, Festival Taman Kuala Lumpur 2023 dengan tema ‘Laman Seni dan Flora Malaysia’ ialah program penjenamaan semula daripada Program Kuala Lumpur Orchid and Bonsai Show (KLOBS) yang pernah dianjurkan DBKL sejak 2012.

Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming, isteri Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Mahadi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

2

Politik 3 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

3

Politik 1 minggu yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Johor Akan Lebih Baik Jika Ditadbir Pemimpin Yang Berani’ - Anwar

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Singapura 1 hari yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad