web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Impak COVID-19, Galeri PETRONAS Ditutup Selepas 28 Tahun Beroperasi

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2021 3:32PM

Satu pameran yang diadakan di Galeri PETRONAS pada 2019. - Gambar dari Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas 28 tahun beroperasi, Galeri Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) bakal melabuhkan tirainya bermula bulan ini, serentak dengan penyesuaian yang dibawa susulan pandemik COVID-19.

Penutupan galeri awam itu bagaimanapun tidak menghalang mana-mana pihak untuk meminjam semua karya yang tersimpan dalam koleksi PETRONAS, sekiranya diperlukan bagi menjayakan sebarang program berkaitan.

PETRONAS dalam satu kenyataan berkata, semua petugas tetap yang berkhidmat di galeri berkenaan selama ini akan diserapkan ke jabatan lain selepas penutupan.

“Sejak ditubuhkan pada 1992, galeri ini sentiasa memupuk pembangunan masyarakat holistik yang penting untuk kemajuan ekonomi dan sosial Malaysia.

Selama bertahun-tahun, galeri ini mempamerkan pameran, penerbitan dan program untuk menyokong misinya dalam mempromosikan dan melestarikan seni kontemporari Malaysia,” kata kenyataan itu.

Galeri berkenaan turut memainkan peranan penting dalam mempromosikan serta memberi pendedahan kepada bakat dan karya tempatan, selain turut memainkan peranan sebagai tuan rumah bagi pelbagai pameran asing.

Galeri PETRONAS juga mendapat hak istimewa untuk bekerjasama dengan individu dan institusi yang berkongsi aspirasi serta keyakinan dalam membentuk pendapat, menanamkan nilai dan mempengaruhi tingkah laku masyarakat.

“Galeri PETRONAS ingin mengucapkan terima kasih kepada pelanggan, artis, kurator, rakan kongsi dan penyokong dalam merealisasikan peranan kami untuk memperkayakan kehidupan dan mempromosikan kepemimpinan pemikiran melalui seni selama ini,” kata kenyataan itu lagi. - Getaran, 4 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Lewis Hamilton Melawat SMK Seri Keramat

2

Ekonomi 2 tahun yang lalu

PETRONAS Bayar Dividen RM40 Bilion Kepada Kerajaan Pada 2023

3

Semasa 2 tahun yang lalu

38 Warga Asing Ditahan Dalam Operasi Sekitar Johor

4

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

2 Anak Malaysia Galas Tugas Jurutera Bendalir F1 Mercedes-AMG PETRONAS

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad