web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ahli Sekutu Jho Low Diperintah Bayar Cukai Pendapatan RM68 Juta Kepada Kerajaan

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2021 3:07PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan Eric Tan Kim Loong yang didakwa sebagai sekutu ahli perniagaan dalam buruan Low  Taek Jho atau Jho Low, membayar cukai pendapatan RM67,996,891.87 kepada Kerajaan Malaysia selepas gagal memasukkan kehadiran dalam saman difailkan kerajaan melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Perintah itu dikeluarkan Timbalan Pendaftar Farah Shuhada Ramli semasa pengurusan kes di hadapannya.

Berdasarkan semakan dalam sistem mahkamah (e-filing), Tan juga diperintah membayar faedah pada kadar lima peratus setahun dari tarikh penghakiman sehingga tarikh realisasi dan kos sebanyak RM2,000 kepada kerajaan selaku plaintif.

Menurut perakuan ketidakhadiran difailkan LHDN pada 6 April 2021, suatu afidavit penyampaian writ saman dan penyataan tuntutan bertarikh 15 Jan lepas kepada Tan telah diserahkan secara penyampaian ganti melalui pengiklanan di akhbar Berita Harian pada 30 Mac 2021 dan penampalan di premis beralamat di Taman Pusat Kepong di sini, pada 29 Mac 2021.

“Maka dengan ini diperakui bahawa tiada kehadiran telah dimasukkan untuk Tan,” menurut perakuan kehadiran itu.

Kerajaan Malaysia selaku plaintif memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan melalui LHDN pada 15 Jan lepas di Mahkamah Tinggi di sini dengan menamakan Tan, 43, sebagai defendan menuntutnya membayar tunggakan cukai  berjumlah RM67,996,891.87 bagi tahun taksiran 2010 hingga 2013.

Mengikut penyataan tuntutan itu, Kerajaan Malaysia mendakwa bagi Tahun-Tahun Taksiran 2010, 2011, 2012 dan 2013, defendan telah ditaksirkan dengan cukai pendapatan berjumlah RM2,706,803.84, RM22,090,949.92, RM35,479,911.48 dan RM1,538,473.04 melalui Notis-notis Taksiran masing-masing bertarikh 30 Sept 2020.

Plaintif mendakwa Notis-notis Taksiran itu telah dihantar secara pos berdaftar kepada defendan pada 24 Nov 2020 ke alamat terakhirnya di Taman Pusat Kepong, di sini yang diketahui oleh plaintif pada masa itu, namun notis berkenaan tidak pernah dikembalikan kepada plaintif.

Menurut plaintif, seterusnya lebihan kredit sebanyak RM782.02 telah digunakan dan ditolak sebagai sebahagian bayaran cukai pendapatan bagi Tahun Taksiran 2010 itu, meninggalkan baki yang masih terhutang dan perlu dibayar sebanyak RM2,706,021.82 bagi tahun taksiran berkenaan.

“Oleh kerana defendan gagal untuk membayar jumlah cukai sebanyak RM2,706,021.82, RM22,090,949.92, RM35,479,911.48 dan RM1,538,473.04 dalam tempoh 30 hari daripada tarikh penyampaian Notis-notis Taksiran itu kepadanya (defendan), seperti ditetapkan di bawah Seksyen 103 Akta Cukai Pendapatan 1967, kenaikan cukai sebanyak 10 peratus masing-masing berjumlah RM270,602.18, RM2,209,094.99, RM3,547,991.14 dan RM153,847.30 telah dikenakan dan ditambah ke atas keseluruhan cukai pendapatan bagi Tahun-tahun Taksiran 2010 sehingga 2013 yang masih belum dibayar,” menurut plaintif dalam pernyataan tuntutannya.
 

Plaintif mendakwa sehingga kini defendan masih gagal membayar kepadanya amaun cukai pendapatan defendan yang masih terhutang dan perlu dibayar bagi Tahun-tahun Taksiran 2010 sehingga 2013 termasuk kenaikan-kenaikan yang dikenakan ke atasnya, kesemuanya berjumlah RM67,996.891.87.

Oleh itu, plaintif menuntut defendan membayar RM67,996.891.87, faedah lima peratus setahun dari tarikh penghakiman sehingga tarikh realisasi, kos dan lain-lain relif yang disifatkan sesuai oleh mahkamah.

Media sebelum ini melaporkan Tan merupakan sekutu rapat Jho Low dan turut terlibat dalam transaksi berbilion ringgit dalam skandal 1Malaysia Development Berhad. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Bugatti Dirampas Di Munich, Jerman Dipercayai Milik Jho Low

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Permohonan Pembatalan Sekatan Perjalanan Melalui E-Sekatan Perjalanan Bermula 4 Mac - LHDN

4

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran