web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Mar 2024 5:29PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Bayaran Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (CAPL) boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Bil sebagai rujukan bayaran mulai 1 April 2024.

Menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam kenyataan, Nombor Bil boleh diperolehi dengan mengemukakan permohonan kepada Seksyen Antarabangsa Labuan, LHDN Sabah menerusi beberapa kaedah antaranya membuat pengiraan kadar cukai dan amaun bayaran terlebih dahulu mengikut tahun taksiran dan mengisi maklumat yang diperlukan dalam borang permohonan berkenaan.

"Kaedah lain adalah mengemukakan borang permohonan yang diisi dengan lengkap ke seksyen berkenaan untuk diproses bagi janaan Nombor Bil.

"Nombor Bil yang dijana akan dimaklumkan kepada pembayar cukai melalui slip pembayaran," menurut kenyataan itu.

LHDN memaklumkan borang permohonan adalah tertakluk kepada satu tahun taksiran dan satu kadar cukai sahaja dan sekiranya bayaran melibatkan beberapa tahun taksiran, permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi borang secara berasingan.

Bayaran menggunakan Nombor Bil boleh dibuat menerusi Portal ByrHASIL https://byrhasil.hasil.gov.my/

Maklumat lanjut boleh dirujuk kepada manual pengguna yang boleh dicapai melalui Portal MyTax https://mytax.hasil.gov.my/ - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Permohonan Pembatalan Sekatan Perjalanan Melalui E-Sekatan Perjalanan Bermula 4 Mac - LHDN

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Tunggakan Cukai Pendapatan: Muhammad Shafee Perlu Bayar RM5.5 Juta Kepada LHDN

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Rosmah Kemuka Representasi Baharu Gugur 17 Pertuduhan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tunggakan Cukai Pendapatan: Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan Najib, Anak

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang