web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


4 Lelaki Ditahan Ketika Sibuk ‘Angkut’ Besi Curi Di Tapak Pembinaan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Mar 2023 7:49PM

Empat daripada suspek memiliki rekod jenayah lampau. - Gambar ihsan polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Cubaan empat lelaki mencuri besi di tapak pembinaan di Jalan Ulu Kelang, Ukay Height, Ampang Jaya, gagal selepas kehadiran mereka disedari pemilik tempat itu.

Dalam kejadian jam 3.30 petang kelmarin itu, lelaki berusia 60 tahun terbabit terlihat sebuah lori dalam keadaan mencurigakan di kawasan tapak pembinaan kediaman berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pemilik tersebut melihat empat lelaki tidak dikenali sedang mengangkat besi miliknya ke dalam lori.

Menurutnya, pemilik berkenaan kemudian terus menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan.

“Bertindak atas maklumat itu, polis bergegas ke lokasi sebelum melihat empat lelaki sedang giat mengangkut besi ke dalam lori dan terus menahan mereka.

“Seorang lagi lelaki ditahan ketika hadir ke Balai Polis Hulu Kelang bagi membantu siasatan,” katanya hari ini.

Mohamad Farouk berkata, semakan mendapati empat daripada suspek memiliki rekod jenayah lampau.

“Ujian air kencing juga mendapati tiga daripada lima suspek positif dadah.

“Polis turut merampas tiga lori, besi dan beberapa barang yang digunakan suspek untuk melakukan aktiviti jenayah itu,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan. - Getaran, 5 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

2

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

3

Semasa 3 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kes Dera Pembantu Rumah: 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Semula 

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

5

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

6

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar