web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pendekatan PKP Bersasar Sesuai Untuk Kuala Lumpur

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2021 8:00AM

Annuar Musa berkata yang jawatankuasa akan meneliti kawasan mana yang perlu diperketata PKP. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Pendekatan yang sesuai untuk Kuala Lumpur ketika ini bagi mendepani pandemik COVID-19 ialah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara bersasar di beberapa lokaliti, kata Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata dalam Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) COVID-19 yang dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini, beberapa kerajaan negeri telah memohon kepada agensi itu supaya PKP dilaksanakan semula di negeri terbabit susulan peningkatan kes yang tinggi dan kebarangkalian bahawa ia akan terus meningkat.

“Bagi pihak Jawatankuasa Keselamatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, kita merasakan perlu lebih berhati-hati, ada beberapa lokaliti tapi kita harap kita juga diletak nanti dalam PKP bersasar.

“Ini bermakna kita akan tengok di mana kawasan dan tempat yang perlu diperketat PKP, kita akan perketatkan,” katanya kepada media selepas Program Prihatin Rakyat Ramadan Putrajaya semalam.

Annuar berkata pihak MKN mengambil langkah untuk meneliti secara mendalam permohonan negeri terbabit dengan mengambil kira kepentingan menyeimbangkan antara kehidupan dan nyawa rakyat.

“Ia satu situasi yang cukup sukar. Saya sebagai ahli MKN Khas COVID-19 hampir setiap hari bermesyuarat dan mendengar nasihat pakar daripada agensi-agensi yang terlibat secara langsung atau kelompok profesional yang mengurus kesihatan sampailah kepada agamawan yang memberi nasihat dari pelbagai sudut bagaimana harus kita tangani COVID-19.

“Jelas tidak ada formula tetap atau cara terbaik yang tertentu untuk mengurus COVID-19 kerana ia sangat unik. Setiap gelombang, setiap fasa kita terpaksa menggunakan kaedah yang berbeza,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 400 golongan asnaf di Putrajaya menerima sumbangan wang tunai dan bakul makanan menerusi Program Prihatin Ramadan, yang antara lain, bertujuan membantu golongan kurang berkemampuan untuk turut merasai kemeriahan melakukan persiapan menyambut Aidilfitri.

Program itu adalah kerjasama strategik antara Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) melalui Perbadanan Putrajaya (PPj), Kumpulan Media Prima dan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP).

KWP, PPj dengan kerjasama Yayasan Restu dan Nasyrul Quran turut menginfakkan sebanyak RM4,000 naskhah al-Quran al-Karim Mushaf Putrajaya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Evakuasi Rakyat Malaysia Di Asia Barat Masuki Fasa Akhir 

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Bicara Kes Pengarah Hydroshoppe Didakwa Tawar Annuar Musa RM500,000 Mula 10 Sept

3

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

4

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Kerajaan Tidak Bercadang Laksana Semula PKP - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Semasa 2 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad