Berita Terkini

2 jam yang lalu: Dana jaminan pembiayaan SJKP ditingkatkan daripada RM3 bilion kepada RM5 bilion - PM 2 jam yang lalu: Kerajaan setuju lanjutkan pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM8,000 untuk simpanan bersih tahunan dalam SSPN sehingga 2024 - PM 2 jam yang lalu: Kebakaran: Kematian wanita OKU kerana lemas terhidu asap - polis 2 jam yang lalu: Kerajaan setuju beri sagu hati RM300 kepada 200,000 anggota Rela, sukarelawan APM, sukarelawan polis dan sukarelawan bomba - PM 2 jam yang lalu: 995,396 kuota pekerja asing diluluskan sehingga 14 Mac

IKUTI KAMI


Kehadiran IS Dikesan Di Malaysia, Didakwa Menyokong Parti Tempatan

Semasa Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 05 Mar 2023 9:30AM

Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihak berkuasa mengetahui percubaan Kumpulan militan Negara Islam (IS) untuk memperluaskan pengaruh mereka di Malaysia - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU – Kumpulan IS melancarkan platform media di Malaysia, sekali gus menunjukkan kehadirannya di negara ini.

Dikenali Pusat Media Al Malaka, kumpulan yang mempunyai hubungan dengan rangkaian media IS di Indonesia dan Filipina difahamkan menyokong secara langsung ‘parti politik dan organisasi radikal’.

Bahagian Memerangi Keganasan Siber Nordic Counter-Terrorism Network (NCTN) yang mengenal pasti Pusat Media Al Malaka mendedahkan, kandungan media kumpulan itu wujud di web sesawang gelap (dark web).

Dark web adalah sebahagian daripada internet yang tidak diindeks oleh enjin carian dan hanya boleh diakses aplikasi tertentu, seperti Tor Browser.

NCTN mendedahkan bahawa kumpulan itu berkongsi pautan mengenai struktur sokongan mereka di negara ini, malah menggunakan ideologi radikal untuk menggugat kestabilan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berdasarkan bahan diperoleh NCTN dan dikongsi bersama The Vibes, kumpulan itu mencipta imej yang memaparkan Menara Berkembar Petronas serta bendera IS berkibar di puncak bangunan dengan jet pejuang sedang terbakar di udara, berserta kapsyen tertera tulisan ‘Hari Penakluk Segera Tiba’.

Imej dicipta Pusat Media Al Malaka yang memaparkan Menara Berkembar Petronas serta bendera IS berkibar di puncak bangunan dengan jet pejuang sedang terbakar di udara, berserta kapsyen tertera tulisan ‘Hari Penakluk Segera Tiba’ - Tangkapan layar
Imej dicipta Pusat Media Al Malaka yang memaparkan Menara Berkembar Petronas serta bendera IS berkibar di puncak bangunan dengan jet pejuang sedang terbakar di udara, berserta kapsyen tertera tulisan ‘Hari Penakluk Segera Tiba’ - Tangkapan layar

Pengarah NCTN, Andrin Raj berkata, kumpulan itu menimbulkan ancaman keselamatan kepada Malaysia dan berkemungkinan mencetuskan tindakan keganasan di negara ini.

“Tujuannya adalah untuk menggugat kestabilan kerajaan berbilang kaum sekarang.

“Mereka mempunyai kumpulan ‘chat’ (sembang) lebih kecil di Malaysia, di mana mereka berkongsi pandangan agama, propaganda dan merekrut ahli.

“Dari segi propaganda, mereka membekalkan ideologi radikal daripada ulama berbeza, termasuk pendakwah radikal Malaysia,” kata Andrin ketika dihubungi.

 

Saifuddin: Pihak berkuasa sedia maklum, tiada sebab untuk bimbang

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, pihak berkuasa menyedari usaha kumpulan itu meluaskan pengaruh mereka di Malaysia.

“Sudah tentu kita (pihak berkuasa) tidak boleh mendedahkan lebih banyak butiran, tetapi orang ramai tidak perlu risau kerana kita memantau aktiviti mereka (kumpulan) dengan kerjasama rakan kongsi keselamatan dan pencegahan keganasan antarabangsa.

“Sebarang percubaan untuk menggugat undang-undang dan ketenteraman serta keselamatan negara, keselamatan rakyat kita dan cara hidup kita akan ditangani dengan tegas,” katanya kepada The Vibes ketika ditemui di Manila semasa lawatan rasmi Perdana Menteri, baru-baru ini.

Andrin Raj berkata, kumpulan itu menimbulkan ancaman keselamatan kepada Malaysia dan berkemungkinan mencetuskan tindakan keganasan di negara ini - Gambar Fail
Andrin Raj berkata, kumpulan itu menimbulkan ancaman keselamatan kepada Malaysia dan berkemungkinan mencetuskan tindakan keganasan di negara ini - Gambar Fail

Berdasarkan artikel The Diplomat yang diterbitkan tahun lalu, operasi IS di rantau Asia Tenggara berpusat di selatan Filipina.

Pemimpin IS di wilayah itu dikenali sebagai Abu Zacharia atau nama sebenarnya, Jer Mimbantas difahamkan adalah sebahagian daripada kumpulan terbabit yang menawan Marawi, Filipina pada 2017.

Sebelum ini, terdapat penyertaan rakyat Malaysia dilaporkan sebagai pejuang IS, dengan terbaru, membabitkan dua individu yang ditahan di Afghanistan pada Ogos 2021.

Terbaharu, seorang individu yang mendakwa menyokong IS ditahan di Singapura pada bulan ini.

Pelajar Singapura berusia 18 tahun itu, ditahan selepas diradikalisasikan oleh propaganda IS dalam talian dan cuba menggunakan media sosial untuk merekrut ahli.

Sementara itu, pada 21 Februari, seorang lagi remaja Singapura berusia 15 tahun, ditahan di bawah Akta Keselamatan Antarabangsa selepas mengaku menyokong kedua-dua IS dan Al-Qaeda. - The Vibes, 5 Mac 2023

Laporan tambahan oleh Terence Fernandez

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

Kenyataan Hadi Tiada Kaitan Kehadiran IS Di Malaysia

2

Semasa 3 minggu yang lalu

PDRM Jalin Kolaborasi Dengan Agensi Keselamatan Serantau, Pantau Propaganda IS

3

Pendidikan 1 tahun yang lalu

Pendidikan Negara Tuntut Perubahan Radikal, Perlu Pengurusan Profesional

4

Semasa 1 tahun yang lalu

PDRM Kesan Semua Penempatan Haram Elak Kehadiran Pengganas

Sorotan

1

Henti Pelepasan Cukai Pencarum SSPN Kurang Tepat, ‘Saya Beri 3 Sebab’ - Syed Saddiq

2

Projek Pasar Chow Kit Tidak Pernah Terbengkalai, Dijangka Siap 2025

3

Tubuh Task Force Selaras Agihan Bantuan Dengan YKN Di Setiap Negeri

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Melaka Mungkin Bentuk Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid

Semasa 16 jam yang lalu

Kerajaan Hormati Keputusan Mahkamah Persekutuan Dalam Siasatan SPRM Terhadap Mohd Nazlan

Semasa 1 hari yang lalu

Tidak Timbul Soal PM Tidak Dialu-Alukan Di Arab Saudi - Penganalisis

Semasa 23 jam yang lalu

Kerusi Muhyiddin, Hamzah, Hadi Kosong Sewaktu Sesi PMQ?

oleh Susan Albert