web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PDRM Jalin Kolaborasi Dengan Agensi Keselamatan Serantau, Pantau Propaganda IS

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Mar 2023 9:09PM

Acryl Sani berkata, kolaborasi itu adalah bagi membolehkan tindakan diambil ke atas pihak yang dikenal pasti terbabit dalam aktiviti berkenaan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan kolaborasi rapat dengan agensi keselamatan serantau, bagi memantau penyebaran propaganda di media sosial oleh kumpulan dikaitkan dengan IS di negara ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, kolaborasi itu adalah bagi membolehkan tindakan diambil ke atas pihak yang dikenal pasti terbabit dalam aktiviti berkenaan.

“Beberapa media tempatan melaporkan terdapat aktiviti media sosial oleh kumpulan di Malaysia yang berkait dengan IS.

“Laporan media didapati berasaskan maklumat yang diperoleh daripada Nordic Counter-Terrorism Network (NCTN) dari Finland,” katanya menerusi kenyataan malam ini.

Beliau berkata, PDRM sejak awal mengesan dan terus memantau secara rapi penyebaran propaganda melalui media sosial, sebagai usaha meraih sokongan kepada kumpulan yang dikaitkan dengan IS.

Katanya, dalam usaha itu, kesemua agensi sedang memainkan peranan secara aktif dan pemantauan sudah ditingkatkan.

Menurutnya, ia bagi memastikan tahap ancaman keselamatan terjamin.

“Orang ramai dinasihat agar tidak gusar dengan laporan media mengenai aktiviti penyebaran propaganda oleh pihak yang menyokong IS,” katanya.

Acryl Sani berkata, berdasarkan situasi semasa, PDRM memberi jaminan bahawa tahap keselamatan negara adalah terkawal.

“PDRM juga komited dalam memastikan sebarang aktiviti yang boleh mendatangkan kemudaratan ketenteraman awam, diambil tindakan tegas tanpa kompromi demi mengekalkan kesejahteraan masyarakat,” katanya.

The Vibes hari ini melaporkan, kumpulan IS melancarkan platform media di Malaysia, sekali gus menunjukkan kehadirannya di negara ini.

Dikenali Pusat Media Al Malaka, kumpulan yang mempunyai hubungan dengan rangkaian media IS di Indonesia dan Filipina itu, difahamkan menyokong secara langsung ‘parti politik dan organisasi radikal’.

Bahagian Memerangi Keganasan Siber NCTN yang mengenal pasti Pusat Media Al Malaka mendedahkan, kandungan media kumpulan itu wujud di web sesawang gelap (dark web).

Dark web adalah sebahagian daripada internet yang tidak diindeks oleh enjin carian dan hanya boleh diakses aplikasi tertentu, seperti Tor Browser.

NCTN mendedahkan bahawa kumpulan itu berkongsi pautan mengenai struktur sokongan mereka di negara ini, malah menggunakan ideologi radikal untuk menggugat kestabilan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berdasarkan bahan diperoleh NCTN dan dikongsi bersama The Vibes, kumpulan itu mencipta imej yang memaparkan Menara Berkembar Petronas serta bendera IS berkibar di puncak bangunan dengan jet pejuang sedang terbakar di udara, berserta kapsyen tertera tulisan ‘Hari Penakluk Segera Tiba’.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, pihak berkuasa menyedari usaha kumpulan itu meluaskan pengaruh mereka di Malaysia.

“Sudah tentu kita (pihak berkuasa) tidak boleh mendedahkan lebih banyak butiran, tetapi orang ramai tidak perlu risau kerana kita memantau aktiviti mereka (kumpulan) dengan kerjasama rakan kongsi keselamatan dan pencegahan keganasan antarabangsa.

“Sebarang percubaan untuk menggugat undang-undang dan ketenteraman serta keselamatan negara, keselamatan rakyat kita dan cara hidup kita akan ditangani dengan tegas,” katanya kepada The Vibes. - Getaran, 5 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Program DPP Tidak Bermakna Pelarian Terus Menetap Di Malaysia - Saifuddin

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Dakwaan Sabotaj Negara: PDRM Ambil Keterangan 3 Individu - KPN

3

Semasa 6 bulan yang lalu

‘PDRM Tak Perlu Siasat Siapa Yang Kritik Saya’ - Anwar

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Cawangan Khas PDRM Agensi Perisikan Pertama Berjaya Bongkar Sel Kumpulan JI - Ayob Khan

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad