web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pendidikan Negara Tuntut Perubahan Radikal, Perlu Pengurusan Profesional

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jul 2021 7:21AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Situasi COVID-19 di Malaysia yang tak ubah seperti satu tragedi ngeri menyaksikan perubahan ketara terhadap kehidupan semua lapisan masyarakat daripada setiap aspek kehidupan, termasuk amalan seharian, mental dan fizikal.

Keadaan itu turut memberi kesan kepada dunia pendidikan tinggi apabila wujud transformasi daripada sistem bersemuka kepada pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian.

Perubahan baharu itu pastinya tidak mudah dilalui pihak berkaitan, terutama pelajar dan pensyarah kerana situasi yang kali pertama berlaku ini pastinya memerlukan masa untuk mereka menyesuaikan diri.

Jika tersilap kendali, ia bukan sahaja boleh membantutkan penyampaian ilmu secara berkesan dan menjejaskan sistem sedia ada, tetapi juga menimbulkan masalah terhadap kedua-dua pihak.

Menurut Pengerusi Pendidikan Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik, kesan COVID-19 terhadap bidang pendidikan tinggi negara perlu diuruskan secara profesional menerusi pelbagai kaedah baharu.

Perkara itu katanya, menuntut perubahan radikal terhadap sistem pendidikan sedia ada, termasuk cara penyampaian berkesan, jadual tersusun dan pemahaman sebaik mungkin antara pelajar serta pensyarah.

Maszlee Malik
Maszlee Malik

“Dalam menjalani pengajaran dan pembelajaran ketika pandemik, pelajar dan pensyarah memerlukan bahan berkualiti ketika sesi kelas secara dalam talian, namun perkara ini masih menjadi bebanan kerana mereka belum bersedia.

“Bahan berkualiti ini bermaksud bukan berorientasikan pengajaran secara ‘PowerPoint’ dan pembentangan semata-mata, sebaliknya menerapkan kurikulum bersesuaian ketika pandemik kerana pastinya jadual mengikut kelas bersemuka tidak boleh diguna pakai, manakala waktu diperuntukkan bagi sesi kuiz atau ujian perlu dilaksanakan secara tersusun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sesi bual bicara dan soal jawab secara langsung menerusi Instagram rasminya yang bertajuk Siswa Universiti : Burnout (Lesu Upaya).

Mantan Menteri Pendidikan itu berkata, beberapa universiti dilihat sudah mula menerapkan kaedah pembelajaran jarak jauh secara dalam talian (ODL) dengan ekosistem pendidikan tersendiri.

Kaedah itu jelas beliau, diyakini membuatkan mereka lebih bersedia, termasuk jadual dan fasiliti lebih sistematik, namun senario sama malangnya tidak berlaku ke atas institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta negara ini yang kelihatan masih tidak bersedia.

“Pensyarah kena memudahkan teknik mengajar, ambil pengalaman daripada ODL dipraktikkan di universiti tertentu yang lebih berkesan.”

Dalam memastikan permasalahan itu ditangani segera, katanya, IPT Awam atau universiti awam (UA) serta IPT Swasta (IPTS), perlu menjalinkan kerjasama erat serta mengetepikan elemen persaingan dalam aspek berkaitan perkongsian bahan, pembangunan sumber berkualiti dan tenaga pengajar.

Mengulas lanjut Maszlee berkata, kerjasama seumpama itu membolehkan pergerakan pelajar dihadkan ketika pandemik, tetapi pada masa sama, berpeluang memiliki ilmu berkualiti dan boleh mewujudkan satu anjakan paradigma daripada aspek pemindahan kredit, sekali gus memudahkan sesi pengajian.

“Menerusi kolaborasi UA dan IPTS ini, pelajar di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam atau Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang menetap di Sabah atau Sarawak contohnya, boleh berkongsi bahan menggunakan perpustakaan, makmal dan fasiliti di IPT terhampir dengan kediaman mereka.

“Dalam memastikan pensyarah dan pelajar mampu meneruskan pengajian dengan lancar ketika pandemik ini, UA dan IPTS melalui Kementerian Pengajian Tinggi (PKT) juga perlu mengadakan perjanjian persefahaman (MoU) bersama universiti di luar negara yang sudah memiliki prasarana untuk kursus secara dalam talian secara percuma,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam berkata, pensyarah ketika mengendalikan kelas secara dalam talian bersama pelajar perlu menyedari bahawa keadaan pengajaran dan pembelajaran ketika COVID-19 adalah berbeza berbanding dua tahun sebelumnya.

“Pensyarah kena memudahkan teknik mengajar, ambil pengalaman daripada ODL dipraktikkan di universiti tertentu yang lebih berkesan, termasuk tidak membebankan pelajar serta tidak mengganggu masa terluang mereka bersama keluarga,” katanya.

Maszlee menarik perhatian, beliau turut menerima persoalan daripada pelajar mengenai kewajaran pensyarah memberikan tugasan secara video dan membuat penilaian markah berdasarkan sambutan diterima di aplikasi itu yang disifatkannya sebagai satu ‘tindakan bodoh’.

“Jangan beri tugasan, nilai markah menerusi video atau siaran langsung kerana itu tindakan bodoh dan anda akan melahirkan golongan populis di sebalik usaha kita mahu mewujudkan pelajar yang inovatif.

“Kita mahu melahirkan pelajar mempunyai kelebihan bukan pelajar gedik, sepatutnya contohi dan cuba belajar dari universiti yang memiliki sistem ODL, tidak rugi bertanya kepada mereka,” tegasnya. - Getaran, 17 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 3 minggu yang lalu

Lebih 12,000 Guru Bersara Setiap Tahun, Jurang Usia Antara Pendidik Cetus Kebimbangan 

2

Pendidikan 4 minggu yang lalu

Mata Pelajaran Sejarah, Bahasa Melayu Kekal Syarat Wajib Ke IPTA - Zambry

3

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Insentif RM100,000 Kepada 5 MRSM Terbaik SPM 2025

4

Pendidikan 2 bulan yang lalu

SPM 2025: GPN Bertambah Baik, Jumlah Calon Cemerlang Meningkat

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad