web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Beri Kenyataan Perkauman, Hadi Terdesak Mahu Gugat Kestabilan Kerajaan Perpaduan

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 May 2023 9:04PM

Lim Guan Eng berkata, Abdul Hadi Awang secara terang-terangan menyifatkan orang bukan Islam dan bukan Melayu di negara ini sebagai ancaman kepada orang Melayu - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kenyataan berbaur perkauman disasarkan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang terhadap bukan Islam disifatkan sebagai tindakan terdesak untuk mengganggu gugat kestabilan dan memusnahkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berkata, Hadi secara terang-terangan menyifatkan orang bukan Islam dan bukan Melayu di negara ini sebagai ancaman kepada orang Melayu.

Menurut beliau, kenyataan tersebut jelas karut dan merupakan provokasi berbahaya kepada negara.

“Hadi kini menyalahkan mereka (bukan Islam dan bukan Melayu) sebagai kumpulan perompak terbesar serta paling banyak memberi dan menerima rasuah.  Ini adalah karut kerana kegiatan rasuah itu tidak mengenal siapa dan ia masalah negara yang dihadapi semua masyarakat.

“Hadi juga mendedahkan PAS sedang mengejar kuasa dalam apa cara sekalipun dengan mengeksploitasi taktik pelampau dan perkauman, la serta menyasarkan bukan Islam dan bukan Melayu sebagai ancaman kepada orang Melayu.

“Ini bukan kali pertama Hadi menyasarkan bukan Islam dan bukan Melayu untuk semua masalah dihadapi orang Melayu. Kegagalan kerajaan sebelum ini mendorong Hadi untuk melakukan serangan keterlaluan dan tidak bertanggungjawab terhadap orang bukan Islam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Guan Eng, Hadi juga tidak malu mengulangi pembohongannya bahawa kumpulan minoriti memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu dengan peratusan keluar mengundi lebih tinggi daripada Melayu, walaupun sebenarnya orang Melayu mempunyai peratusan keluar mengundi tertinggi daripada semua masyarakat iaitu 79 peratus.

“Bagaimana orang Islam hilang kuasa sedangkan semua jawatan penting dalam negara dipegang oleh orang Melayu atau orang Islam? Malah dalam senarai 28 anggota Kabinet, hanya ada sembilan Menteri bukan Islam.

“Daripada 148 Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan, 77 Ahli Parlimen kerajaan adalah beragama Islam iaitu lebih ramai daripada 72 Ahli Parlimen beragama Islam dalam Perikatan Nasional (PN),” katanya.

Semalam, Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menerusi perkongsian di Facebooknya mendakwa, orang Melayu ketika ini 'ditipu secara terang-terangan’ akibat sikap lalai dan jahil masing-masing.

Malah pada Ogos lalu, Hadi turut mendakwa golongan bukan Islam dan bukan Bumiputera sebagai punca rasuah, serta menjadi kelompok majoriti yang merosakkan politik dan ekonomi negara.

Mengulas lanjut, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, kenyataan Hadi yang disasarkan kepada bukan Islam dan bukan Melayu tidak boleh dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang tindakan tegas.

“Kegagalan menentang percubaan berbahaya untuk mensabotaj, menggugat dan menggantikan Kerajaan Perpaduan yang memenangi undi percaya di Parlimen sama seperti tidak menghormati Raja dan Parlimen.

“Atas sebab ini, rakyat Malaysia harus membuat laporan polis terhadap Hadi untuk menghentikan politik yang memecahbelahkan dan bersifat perkauman yang akan mengancam perpaduan dan integrasi nasional,” katanya. – Getaran, 10 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 34 minit yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

3

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 34 minit yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar