Berita Terkini

15 minit yang lalu: Polis kesan pasangan suami isteri, guna kad ATM milik pesara 16 minit yang lalu: Syarikat mega Alibaba berpecah kepada 6 entiti 17 minit yang lalu: Raja Charles dalam lawatan 3 hari ke Jerman 17 minit yang lalu: Ahli dewan rakyat perlu jalani pemeriksaan kesihatan setahun sekali - TPM 18 minit yang lalu: Mengaku jual 1,245 unit kasut tiruan, peniaga didenda RM30,000

IKUTI KAMI


KWSP Umum Dividen: Konvensional 5.35%, Syariah 4.75%, Rendah Berbanding 2021

Semasa Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2023 2:46PM

Jumlah pembayaran keseluruhan bagi 2022 adalah RM51.14 bilion, iaitu RM45.44 bilion untuk Simpanan Konvensional dan RM5.70 bilion lagi bagi Simpanan Syariah - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 5.35 peratus untuk Simpanan Konvensional, manakala 4.75 peratus Simpanan Syariah bagi tahun 2022.

Kadar itu lebih rendah berbanding 2021, yang mana dividen bagi Simpanan Konvensional adalah sebanyak 6.10 peratus dan 5.65 peratus untuk Simpanan Syariah.

Jumlah pembayaran keseluruhan bagi 2022 adalah RM51.14 bilion, iaitu RM45.44 bilion untuk Simpanan Konvensional dan RM5.70 bilion lagi bagi Simpanan Syariah.

Pengerusi KWSP, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir berkata, setakat 31 Disember 2022, kumpulan itu merekodkan jumlah pendapatan pelaburan kasar lebih rendah sebanyak RM55.33 bilion, berbanding RM68.89 bilion pada 2021, didorong ketidaktentuan pasaran dan penilaian pasaran ekuiti serta pendapatan tetap yang lebih lembab.

“Alhamdulillah, di sebalik kemelesetan pasaran global yang berterusan pada 2022, portfolio pelaburan KWSP kekal berdaya tahan dalam mendepani cabaran kemelesetan ini dengan impak minimum.

“Ini sebahagian besarnya dipacu oleh strategi yang menekankan kemampanan jangka panjang pelaburan dan pulangan, selaras dengan Alokasi Aset Strategik (SAA) KWSP.

“Portfolio KWSP yang pelbagai dan kecairan sihat membantu mengurangkan risiko serta membolehkan KWSP mengekalkan aset pelaburannya melebihi RM1.00 trilion, selain mengisytiharkan kadar dividen baik untuk 2022,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Di sebalik kemelesetan pasaran global yang berterusan pada 2022, portfolio pelaburan KWSP kekal berdaya tahan dalam mendepani cabaran kemelesetan ini dengan impak minimum - Gambar Fail
Di sebalik kemelesetan pasaran global yang berterusan pada 2022, portfolio pelaburan KWSP kekal berdaya tahan dalam mendepani cabaran kemelesetan ini dengan impak minimum - Gambar Fail

Menurut beliau, pembayaran sebanyak RM51.14 bilion itu akan memanfaatkan lebih daripada 15 juta ahli KWSP, termasuk ahli daripada sektor tidak formal yang berdaftar dengan i-Saraan, iaitu sebuah program caruman sukarela berasaskan insentif.

“Kami percaya dividen ini serta pengukuhan prestasi KWSP yang berterusan akan memberi manfaat kepada simpanan persaraan ahli, terutamanya apabila dilihat dari aspek jangka masa panjang.

“Walaupun dalam keadaan ekonomi yang mencabar, kami akan terus mengutamakan kejayaan jangka panjang portfolio pelaburan kami dan membina semula simpanan persaraan ahli,” katanya.

Beliau berkata, pengkreditan dividen untuk Simpanan Konvensional dan Simpanan Syariah akan dilaksanakan hari ini.

Katanya, ahli boleh menyemak akaun mereka melalui i-Akaun atau mendapatkan penyata mereka dari Self-Service Terminal (SST) di cawangan KWSP seluruh negara.

Dalam pada itu, Ahmad Badri berkata, tahun kewangan 2022 menyaksikan pertumbuhan global lebih perlahan dan kenaikan kadar inflasi tinggi, ditambah dengan pengetatan dasar monetari oleh bank pusat utama untuk mengekang tekanan inflasi.

Katanya, pasaran pendapatan tetap juga gagal mencatatkan prestasi baik apabila indeks bon merekodkan pulangan negatif untuk tahun sama, sebahagian besarnya disebabkan oleh hasil bon yang tinggi berikutan kenaikan kadar faedah Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) berterusan.

Strategi kepelbagaian KWSP merentasi pelbagai sektor dan geografi telah membantu memanfaatkan peluang keuntungan dan penjanaan pendapatan - Gambar Hiasan
Strategi kepelbagaian KWSP merentasi pelbagai sektor dan geografi telah membantu memanfaatkan peluang keuntungan dan penjanaan pendapatan - Gambar Hiasan

“Ketidakstabilan geopolitik juga merupakan faktor utama mempengaruhi pergerakan pasaran, dengan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine yang telah melonjakkan harga komoditi, ditambah dengan pergolakan antara AS dan China.

“Tahun 2022 juga menyaksikan penutupan terendah indeks utama ekuiti global sejak 2008, yang jatuh antara 20 peratus hingga lebih 30 peratus. Di pasaran domestik pula, FBM KLCI menutup lima peratus lebih rendah tahun-ke-tahun pada paras sekitar 1,495 mata.

“Prestasi pasaran menurun telah menjejaskan penjanaan pendapatan KWSP daripada ekuiti yang terus menjadi penyumbang pendapatan utama KWSP,” katanya.

Jelas beliau, tidak semua sektor turut terlibat walaupun prestasi pasaran ekuiti lemah pada tahun lalu.

Katanya, beberapa sektor seperti tenaga, perladangan, perkhidmatan kewangan dan keperluan asas utama menunjukkan prestasi agak baik berbanding sektor lain.

“Oleh itu, strategi kepelbagaian KWSP merentasi pelbagai sektor dan geografi telah membantu memanfaatkan peluang keuntungan dan penjanaan pendapatan.

“Gandingan SAA KWSP dengan pengurusan kecairan dan risiko teguh menyediakan rangka kerja yang berupaya melindungi dana daripada keadaan sukar, seterusnya membolehkan KWSP memberikan keputusan baik untuk 2022,” katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad Badri berkata, kejayaan KWSP dalam menyampaikan dividen yang stabil dan terpuji, mengatasi dana domestik lain secara berterusan, memainkan peranan penting bagi mengukuhkan reputasinya sebagai satu daripada pelabur institusi terkemuka negara.

“Ini juga telah menyumbang kepada simpanan ahli, seterusnya menyediakan jaminan kewangan lebih besar semasa tempoh persaraan ahli.

“Komitmen kami untuk membina simpanan ahli menjadi pendorong di sebalik kejayaan berterusan, malah kami kekal teguh dalam dedikasi kami untuk memberikan dividen yang baik dan menjamin masa depan kewangan ahli,” katanya.

Kejayaan KWSP dalam menyampaikan dividen yang stabil dan terpuji, mengatasi dana domestik lain secara berterusan, memainkan peranan penting bagi mengukuhkan reputasinya sebagai satu daripada pelabur institusi terkemuka negara - Gambar Hiasan
Kejayaan KWSP dalam menyampaikan dividen yang stabil dan terpuji, mengatasi dana domestik lain secara berterusan, memainkan peranan penting bagi mengukuhkan reputasinya sebagai satu daripada pelabur institusi terkemuka negara - Gambar Hiasan

Sementara itu, Ahmad Badri berkata, pertumbuhan dalam pasaran baharu muncul dan ekonomi membangun dijangka menurun daripada 3.8 peratus pada 2022 kepada 2.7 peratus pada 2023.

Katanya, ia seterusnya mencerminkan permintaan luar lebih lemah ditambah dengan kenaikan kadar inflasi yang tinggi, pengetatan polisi pembiayaan kewangan oleh bank pusat dan isu domestik lain serta ketegangan geopolitik.

“Kami menjangkakan situasi pelaburan 2023 akan terus mencabar dalam jangka pendek dan sederhana.

“Ketidakpastian yang berterusan ini sekali gus memberi penekanan kepada keperluan untuk membina daya tahan, selaras dengan objektif pelaburan jangka panjang KWSP dan Alokasi Aset Strategik kami,” katanya.

Tambah beliau, Belanjawan 2023 yang diumumkan kerajaan baru-baru ini menekankan usaha untuk mengukuhkan pemulihan dan daya tahan ekonomi negara.

“Sudah enam tahun sejak kami memperkenalkan Simpanan Syariah. Kami sedang berusaha untuk meningkatkan model perniagaan semasa dengan mengasingkan sepenuhnya aset Simpanan Syariah daripada melabur bersama aset patuh syariah dalam Simpanan Konvensional.

“Dengan pengasingan ini, Simpanan Syariah akan mempunyai strategi sendiri dan peruntukan aset strategik berbeza yang akan memastikan pulangan jangka panjang lebih optimum, berdaya saing serta mampan untuk Simpanan Syariah dan Simpanan Konvensional.

“Kami menyasarkan untuk melancarkannya pada 2024 seperti dinyatakan dalam pengumuman Belanjawan 2023 baru-baru ini,” katanya. – Getaran, 4 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Benar Kata PM, KWSP Hanya Patut Dikeluarkan Selepas Bersara – MTUC

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kerajaan Sedang Muktamadkan Inisiatif Program Fasiliti Sokongan Akaun 2 - Kementerian Kewangan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Cagaran Wang Caruman KWSP Untuk Buat Pinjaman Bank Tidak Bercanggah Akta KWSP - PM

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pengeluaran KWSP: Kerajaan Tidak Akan Laksana Pendekatan Populis

Sorotan

1

Henti Pelepasan Cukai Pencarum SSPN Kurang Tepat, ‘Saya Beri 3 Sebab’ - Syed Saddiq

2

Projek Pasar Chow Kit Tidak Pernah Terbengkalai, Dijangka Siap 2025

3

Tubuh Task Force Selaras Agihan Bantuan Dengan YKN Di Setiap Negeri

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Ayob Khan Pengarah Baharu JSJ Mulai 16 April

Semasa 21 jam yang lalu

MOT Arah PRASARANA Bincang Masalah Teknikal LRT, MRT

Semasa 1 hari yang lalu

Kerusi Muhyiddin, Hamzah, Hadi Kosong Sewaktu Sesi PMQ?

oleh Susan Albert

Semasa 1 hari yang lalu

Rang Undang-Undang Kesalahan Seksual Kanak-Kanak Dibentang Di Dewan Rakyat