web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Belanjawan 2023, Bomba Antara Paling Gembira - Nga

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2023 11:47AM

Nga Kor Ming berkata peningkatan 32 peratus peruntukan itu berbanding tahun sebelumnya, cukup menggambarkan Kerajaan Perpaduan yang sangat menghargai ‘wira merah’ itu - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Belanjawan 2023 baru-baru yang menyaksikan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan mendapat peningkatan peruntukan hampir RM200 juta, turut tidak terkecuali membuatkan warga Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), agensi di bawah kementerian itu, ‘tersenyum lebar’.

Manakan tidak, JBPM, yang menerima Anugerah Kategori Emas Tertinggi dalam majlis Anugerah Integriti, Governans dan Anti Rasuah (AIGA) 2022, menjadi antara agensi yang mendapat ‘lonjakan’ peruntukan melalui peruntukan sebanyak RM206.64 juta bagi memperkasakan perkhidmatan bomba.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata peningkatan 32 peratus peruntukan itu berbanding tahun sebelumnya, cukup menggambarkan Kerajaan Perpaduan yang sangat menghargai ‘wira merah’ itu, yang jasanya dalam membantu menyelamat orang ramai sering disanjung dan dikenang.

Jumlah berkenaan, kata Nga turut meliputi peruntukan RM46.51 juta bagi perolehan peralatan dan kelengkapan untuk meningkatkan kecekapan dan tahap kesiapsiagaan JBPM, peningkatan hampir lima kali ganda berbanding pada 2022.

“Ini termasuklah peruntukan membeli 12 ekor anjing unit pengesan (K9) bagi membantu operasi mencari dan menyelamat dalam bencana,” kata Nga dalam temu bual dengan Bernama. 

JBPM turut mendapat peruntukan membeli 12 ekor anjing unit pengesan (K9) bagi membantu operasi mencari dan menyelamat dalam bencana - Gambar Fail
JBPM turut mendapat peruntukan membeli 12 ekor anjing unit pengesan (K9) bagi membantu operasi mencari dan menyelamat dalam bencana - Gambar Fail

Bukan itu sahaja, beliau berkata JBPM turut menerima peruntukan RM129.93 juta bagi pembinaan bangunan JBPM baharu di seluruh Malaysia dan menaik taraf bilik siap siaga di balai bomba sedia ada, termasuk penyelenggaraan bangunan dan jentera bomba.

“Tahun ini sahaja 15 buah balai bomba dijangka akan siap dibina menjelang hujung tahun ini. Setakat tujuh buah sudah disiapkan, lapan sedang dalam pembinaan. Tahun ini pun akan siap sepenuhnya (balai bomba) termasuk di Manjalara, Kepong, Tambun, Rembau dan lain-lain,” katanya. 

Menerusi Belanjawan 2023, kementerian itu menerima peruntukan keseluruhan RM5.333 bilion pada tahun 2023 berbanding RM5.146 bilion (2022) iaitu peningkatan sebanyak 3.63 peratus bersamaan RM186.9 juta.

Nga berkata inisiatif lain dalam Belanjawan 2023 yang dilihat terus memberi tumpuan kepada agenda daya huni di negara ini ialah peruntukan RM20 juta di bawah Geran Pertubuhan Prihatin Komuniti bagi memperkasa peranan komuniti sebagai kumpulan awal ketika bencana. 

Selain itu ia turut melibatkan pengecualian duti setem bagi pemilikan rumah pertama dengan pengecualian sepenuhnya duti setem bagi rumah bernilai 500 ribu ke bawah dan pengecualian duti setem 75 peratus bagi rumah bernilai lebih RM500 ribu hingga RM1 juta.

Beliau berkata lebih 2,000 persatuan penduduk juga bakal mendapat manfaat menerusi peruntukan RM20 juta di bawah Geran Pertubuhan Prihatin Komuniti bagi memperkasa peranan komuniti sebagai kumpulan awal ketika bencana.

Nga berkata pengumuman dalam Belanjawan 2023 jelas menunjukkan bahawa kerajaan serius untuk meletakkan semula Malaysia di landasan yang betul dan bukti keprihatinan kerajaan terhadap cabaran yang dihadapi rakyat dalam membina masa depan yang lebih baik untuk Malaysia. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Khidmat Orang Asli Daripada Komuniti Setempat Dijangka Mula Esok

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Pasukan SAR Sedang Kumpul Anggota Tambahan

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Rakaman Kamera Kesan Jaslinda Bergerak Menuju Kem Sukaneka

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: 8 Anggota Tambahan Sertai Operasi SAR Gunung Batu Putih - KP JBPM

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

Hamzah Zainudin Lancar Parti Politik Baharu, AGM Pertama Minggu Depan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 3 jam yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad