web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerajaan Perlu Melabur, Tambah Baik Sistem Amaran Awal Bencana

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2023 6:00PM

Langkah proaktif itu bukan saja mampu menyelamatkan harta benda daripada musnah akibat bencana, malah dapat menyelamatkan nyawa rakyat. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Wangsa Maju, Zahir Hassan menggesa kerajaan memperkasakan sistem amaran awal bagi memastikan rakyat lebih bersedia menghadapi sebarang bencana.

Menurut beliau, langkah proaktif itu bukan saja mampu menyelamatkan harta benda daripada musnah akibat bencana, malah dapat menyelamatkan nyawa rakyat.

“Saya menyokong usaha tender semula projek tebatan banjir serta peruntukan RM150 juta kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Namun, selain banjir, negara kita juga dilanda bencana lain seperti tanah runtuh, kebakaran, hakisan pantai, gempa bumi dan tsunami.

“Saban tahun, begitu ramai rakyat yang terkesan terpaksa menanggung kerugian akibat musibah banjir. Bahkan negara juga perlu berbelanja tinggi melalui kerja menyelamat, pemindahan penduduk dan baik pulih selepas bencana,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelas Ahli Parlimen PKR tersebut, beliau membangkitkan perkara itu dengan merujuk pembentangan Belanjawan 2023 oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat lalu.

Beliau berkata, kerajaan perlu melabur dalam mendapatkan perolehan sistem amaran awal yang cekap dan berkesan dalam menghadapi risiko bencana.

“Mengapa kita tidak melabur supaya sistem amaran awal dapat diperbaiki dan lebih cekap.

“Dengan adanya sistem amaran awal yang cekap, rakyat dapat membuat persediaan awal menghadapi bencana dan jumlah kerosakan harta benda, kerugian bahkan kematian dapat dikurangkan," katanya.

Dalam ucapannya ketika perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2023 itu, Zahir berkata, kerajaan perlu mengambil pendekatan Transdisciplinary Approach (TDA) dalam setiap tindakan dengan memasukkan elemen pemerkasaan kerajaan setempat dan sukarelawan, penyediaan ICT, sistem komunikasi efektif serta kolaborasi antara agensi.

“Setiap keputusan serta tindakan perlu diambil dengan tepat berlandaskan data dan sains,” katanya.

Selain itu, Zahir turut mencadangkan supaya aspek pengurusan bencana diperluaskan kepada masyarakat melalui latihan dan kursus serta boleh dijadikan sebagai program pengajian di institut pengajian tinggi (IPT).

Pada masa sama, beliau turut menzahirkan ucapan takziah kepada semua mangsa banjir yang melanda enam negeri termasuk Johor, Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang, baru-baru ini. - Getaran, 3 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 4 bulan yang lalu

PM Hilang Sabar, Kelemahan Penguatkuasaan, Tadbir Urus Perlu Ditangani Serius

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad