web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kita Mesti Pujuk Myanmar Untuk Bekerjasama Dengan ASEAN - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2023 8:37PM

Anwar Ibrahim dan Presiden Filipina Ferdinand R Marcos Jr ketika mengadakan pertemuan pada lawatan rasmi dua hari ke Filipina di Istana Malacanang hari ini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MANILA - Malaysia dan Filipina harus melihat kaedah lain untuk mendapatkan kerjasama daripada junta Myanmar dalam menyelesaikan krisis kemanusiaan yang menjejaskan rantau ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selepas pertemuan dengan Presiden Filipina, Ferdinand 'Bongbong' Marcos Jr. hari ini, Anwar berkata, beliau membangkitkan perkara itu kepada rakan sejawatannya, menyifatkan ia sebagai situasi ‘pertikaian' dan tidak dapat diselesaikan, yang merebak ke negara ASEAN.

Sambil menyatakan bahawa ia bukan sekadar isu domestik di Myanmar, Anwar juga mengetengahkan isu kehadiran ratusan ribu pelarian dari negara itu yang kini menetap di Malaysia.

“Saya menyatakan kebimbangan mengenai isu yang dipertikaikan dan tidak dapat diselesaikan di Myanmar yang menjejaskan Malaysia akibat jumlah pelarian yang besar, melebihi 200,000 orang kini di Malaysia.

“Presiden, dalam kebijaksanaannya, mengulangi keperluan untuk konsensus lima perkara, tetapi saya pasti akan mencadangkan, meneroka kawasan baharu tentang bagaimana junta Myanmar boleh dipujuk untuk bekerja dan bekerjasama sebagai satu pasukan dalam ASEAN, dan menyelesaikan isu itu, yang tidak boleh dianggap sebagai isu dalaman semata-mata kerana ia menjejaskan keselamatan dan kebajikan rantau ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Marcos Jr. di kediaman rasminya di Istana Malacanang di sini, petang tadi. 

Anwar Ibrahim dan isteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail disambut Ferdinand R Marcos Jr dan isteri, Louise Araneta-Marcos ketika tiba di Istana Malacanang hari ini - Gambar Fail Bernama
Anwar Ibrahim dan isteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail disambut Ferdinand R Marcos Jr dan isteri, Louise Araneta-Marcos ketika tiba di Istana Malacanang hari ini - Gambar Fail Bernama

Anwar kini dalam lawatan rasmi dua hari ke Filipina, dan ditemani isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Semasa lawatan rasminya ke Thailand bulan lalu, Anwar berkata, ASEAN harus menggantung Myanmar sebagai negara anggota buat masa ini, dengan mengatakan konflik dan kekejaman terhadap etnik minoriti di Myanmar seperti Rohingya, memberi kesan kepada negara anggota ASEAN.

Pada pagi 1 Februari 2021, tentera junta Myanmar melakukan rampasan kuasa terhadap parti pemerintah yang dipilih secara demokrasi iaitu Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) dan memecat Aung San Suu Kyi.

Disebabkan pergolakan dan konflik, lebih ramai etnik Rohingya dan etnik lain yang teraniaya melarikan diri dari negara itu ke negara jiran seperti Thailand, Bangladesh, dan Malaysia.

Sebelum Anwar berucap di Malacanang, Marcos Jr. berkata, kedua-dua negara itu memutuskan untuk menyokong pembangunan dan inisiatif membina keamanan dalam ASEAN, termasuk kepentingan mencapai penyelesaian situasi di Myanmar.

Beliau juga memuji Malaysia kerana penglibatannya dalam mencapai keamanan di selatan Filipina.

Anwar Ibrahim dan Ferdinand R Marcos Jr ketika mengadakan mesyuarat dua hala di Istana Malacanang - Gambar Fail Bernama
Anwar Ibrahim dan Ferdinand R Marcos Jr ketika mengadakan mesyuarat dua hala di Istana Malacanang - Gambar Fail Bernama

“Kami memuji kemajuan yang dicapai ke arah mencapai keamanan yang mampan dan inklusif di Mindanao. Ia adalah kombinasi masa dan usaha serta keikhlasan dalam kalangan semua pihak yang akan segera merealisasikan 'dividen' keamanan.

“Kami mengiktiraf sumbangan besar Malaysia kepada proses damai di selatan Filipina, dan kami berharap sokongan yang ditunjukkan sejak beberapa tahun lalu akan terus menyumbang kepada kejayaan proses damai dan penubuhan wilayah autonomi Bangsa Moro,” kata Marcos Jr.

Marcos Jr. berkata, beliau juga menjemput Malaysia untuk terus menyokong usaha kerajaan Filipina dalam membawa pembangunan dan peningkatan kepada kehidupan penduduk Mindanao.

Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Anwar kerana menjadi ketua kerajaan pertama di dunia yang mengadakan lawatan rasmi ke Filipina sejak beliau memegang jawatan pada Jun lalu.

Sementara itu, Marcos Jr. berkata, kedua-dua negara juga bersetuju untuk merancakkan semula pertukaran pelaburan dengan tumpuan khusus pada industri halal, pertanian dan keselamatan makanan serta ekonomi digital.

“Kami juga bercakap tentang memperkukuhkan lagi hubungan rakyat dengan rakyat, pertukaran budaya yang berterusan dan pelancongan.” - The Vibes, 1 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad