web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


14 Jenis Scammer Dikesan, Perlu Kerjasama Menyeluruh Tamatkan Riwayat Sindiket - Fahmi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Feb 2023 8:38PM

Fahmi Fadzil berkata, ada antara sindiket terbabit memerlukan penggunaan platform khas seperti Meta dan panggilan telefon - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman berjaya mengesan 14 jenis penipuan (scam), termasuk menerusi kaedah bersemuka atau malware.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, ada antara sindiket terbabit memerlukan penggunaan platform khas seperti Meta dan panggilan telefon.

Menurut beliau, pihak berkuasa setakat ini berjaya menyekat 1.9 bilion panggilan telefon dan 300 juta SMS dihantar oleh sindiket berkenaan. 

“Ada scammer yang berpangkalan di luar negara. Ini perlu kerjasama police to police (P2P) atau government to government (G2G) untuk kita hentikan operasi sindiket scam ini. 

“Samalah seperti kita berikan kerjasama kepada negara-negara lain untuk mematahkan dan menamatkan riwayat satu sindiket scam yang memangsakan warga Australia dan United Kingdom (UK) baru-baru ini. Jadi kita perlukan kerjasama itu,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika ditemui selepas pelancaran Pakej Perpaduan Internet Mudah Alih di Program Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang di sini hari ini.

Jelas Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, isu scammer juga antara agenda utama yang meraih perhatian terbesar majoriti negara ASEAN ini.

“Saya dan Ketua Setiausaha, Datuk Seri Mohammad Mentek baru-baru ini telah menghadiri mesyuarat Menteri-Menteri Digital ASEAN dan jelas bahawa isu scammer ini antara yang paling utama untuk mereka selesaikan.

“Saya nak ucap terima kasih juga kepada semua syarikat telekomunikasi (telko) yang banyak bekerjasama membantu, untuk pastikan beberapa cara kita mengekang panggilan scammer ini berjaya dilakukan,” katanya.

Fahmi Fadzil di majlis pelancaran Pakej Perpaduan Internet Mudah Alih di Program Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang di sini hari ini - Gambar oleh Syeda Imran
Fahmi Fadzil di majlis pelancaran Pakej Perpaduan Internet Mudah Alih di Program Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang di sini hari ini - Gambar oleh Syeda Imran

Pihak berkuasa bagaimanapun tegas beliau, perlu sentiasa berwaspada dengan segala taktik dan tipu daya digunakan kerana sindiket terbabit sentiasa bersedia dengan perancangan terkini untuk menipu mangsa.

Scammer ni kita tutup satu pintu, dia cari pula tiga empat lorong lain. Tugas kita adalah untuk berfikir tiga empat langkah ke depan.

“Ini yang kita akan lakukan dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Luar dan juga Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia serta National Scam Response Centre (NSCC),” katanya.

Sementara itu mengulas mengenai pelaksanaan rangkaian 5G, Fahmi memberitahu, satu pertemuan telah diadakan antara DNB, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta semua syarikat telko Sabtu lalu.

“Kita telah capai satu kata sepakat mengenai pengumuman PM pada Jumaat lalu bahawa pelaksanaan bagi 5G harus mencapai 80 peratus capaian di kawasan berpenduduk menjelang hujung 2023.

“Kedua, harga yang diberikan nanti mestilah berpatutan dan kita harap beberapa minggu akan datang kita akan dapat beberapa kata putus di antara syarikat telko, pihak DNB untuk kita bersedia membuat pengumuman untuk hala tuju,” katanya.

Perkembangan positif tersebut jelas beliau lagi, diharapkan dapat diumumkan menjelang akhir Mac nanti.

“Sekurang-kurangnya berdasarkan maklum balas dan respons diberikan, saya amat gembira syarikat telko telah menyatakan kesediaan dan menyahut cabaran yang telah dilontarkan untuk mencapai objektif disebut Perdana Menteri.

“Asasnya adalah proses yang lebih telus untuk DNB dan proses yang juga lebih terangkum dan melibatkan semua pihak. Ini adalah garis panduan diberikan Perdana Menteri,” katanya. - Getaran, 28 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

3

Sukan 4 minggu yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan