web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Perkhidmatan 5G : Syarikat Telko Diminta Tawar Harga Berpatutan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Feb 2023 3:03PM

Fahmi hadir pada majlis pelancaran Pakej Perpaduan Berbayar Internet Mudah Alih di Perumahan Awam Desa Rejang di sini hari ini. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua syarikat telekomunikasi tempatan telah diberi mandat untuk menawarkan harga berpatutan bagi perkhidmatan 5G.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, ia bagi memastikan sasaran capaian sehingga 80 peratus di kawasan berpenduduk menjelang akhir tahun ini berjaya dicapai.

Menurut beliau, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) telah diarahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menangani isu 5G secara lebih agresif.

Fahmi Fadzil
Fahmi Fadzil

“Perdana Menteri dah beritahu saya, selesaikan (segera) isu 5G. Kita mahu capai sasaran 80 peratus kawasan berpenduduk yang boleh terima 5G.

“Jadi sekarang terpulang kepada semua syarikat telekomunikasi untuk menawarkan harga yang berpatutan (kepada pengguna),” katanya ketika berucap di pelancaran Pakej Perpaduan Berbayar Internet Mudah Alih di Perumahan Awam Desa Rejang di sini hari ini.

Beliau berkata, Pakej Perpaduan itu boleh didapati mulai hari ini dan ia terbuka untuk semua pengguna yang layak iaitu belia berusia 13 hingga 30 tahun, warga emas, veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan golongan B40.

“Usaha untuk memperkenalkan pakej ini adalah seiring dengan konsep Malaysia Madani bagi meringankan beban rakyat, dan pada masa sama memastikan mereka mendapat akses kepada perkhidmatan telekomunikasi termasuk Internet yang berkualiti dengan harga mampu milik,” katanya.

Fahmi Fadzil ketika melancarkan Pakej Perpaduan Berbayar Internet Mudah Alih di Perumahan Awam Desa Rejang di sini hari ini.
Fahmi Fadzil ketika melancarkan Pakej Perpaduan Berbayar Internet Mudah Alih di Perumahan Awam Desa Rejang di sini hari ini.

Menjelaskan lebih lanjut, Fahmi memberitahu, pakej tersebut menawarkan data sebesar 30GB dengan kelajuan 3Mbps pada harga serendah RM30 dan ia sah digunakan selama enam bulan.

Pakej prabayar Celcom Digi, U Mobile, Maxis, TM serta YTL itu katanya, boleh didapati di semua kedai yang menjual pakej talian telefon bimbit dan internet.

“Pakej ini memberikan kuota dan kelajuan yang lebih baik berbanding pakej lain sebelumnya.

“Internet kini bukanlah lagi perkhidmatan mewah tambahan tetapi menjadi keperluan seperti bekalan air dan elektrik khususnya selepas negara dilanda pandemik COVID-19 dan pengenalan kepada pembudayaan norma baharu,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai dalam ucapannya turut menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua syarikat telekomunikasi yang sudi bekerjasama demi manfaat seramai mungkin golongan sasaran.

“Terima kasih kerana menyahut seruan kerajaan dengan mewujudkan Pakej Perpaduan ini. 

“Kerjasama ini adalah untuk dua tahun, dan selepas tempoh itu terpulanglah jika mereka mahu meneruskan kerjasama (atau tidak),” katanya. - Getaran, 28 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 15 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 10 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek