Berita Terkini

19 minit yang lalu: Dewan Rakyat lulus tubuh 10 Jawatankuasa Pilihan Khas 19 minit yang lalu: Pemangku Raja Pahang sempurnakan penyampaian darjah, pingat kepada 166 penerima 22 minit yang lalu: Singapura dan Malaysia perlu memastikan rantau ASEAN bersatu dan berwibawa - Presiden Singapura 22 minit yang lalu: Jabatan Penjara perkasa program sistem bagi tangani kesesakan 23 minit yang lalu: Bakal jemaah haji Malaysia wajib lalui pemeriksaan kesihatan

IKUTI KAMI


Kes Bunuh Model: Kepala Mangsa Ditemui Dalam Periuk Sup

Semasa Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2023 9:53AM

Kepala Choi ditemui bersama tulang rusuk. - Gambar fail dari Instagram Abby Choi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas dua hari polis berusaha mencari kepala model dan selebriti media sosial Hong Kong, Abby Choi, ia akhirnya ditemui dalam satu daripada periuk sup di sebuah rumah di Kampung Lung Mei, Tai Po negara berkenaan.

Anggota badan itu ditemui pasukan forensik polis 48 jam selepas penemuan sebahagian anggota badan wanita terbabit kelmarin di kediaman sama.

Portal berita Kong Kong melaporkan, kepala mangsa ditemui bersama tulang rusuk.

Menurutnya, tengkorak itu masih sempurna, namun dipercayai terdapat sekurang-kurangnya satu cubaan untuk menghancurkannya.

Rambut mangsa dilaporkan tidak lagi melekat pada tengkorak sudah dimasak itu.

Forensik juga menemui sejumlah kecil daging cincang, bersama lobak merah dan lobak hijau.

Lengan dan anggota badan mangsa dilaporkan masih hilang dan polis meneruskan pencarian untuk anggota badan lain hari ini.

Selain melakukan pencarian di Tanah Perkuburan Tseung Kwan O sejak 25 Februari lalu, polis turut memeriksa longkang di Kampung Lung Mei.

Kelmarin, Getaran melaporkan polis Hong Kong menahan tiga individu bagi membantu siasatan penemuan mayat Abby yang ditemui tanpa kepala.

Polis memaklumkan, sebahagian anggota badan wanita berusia 28 tahun itu ditemui bersama alat pengisar daging dan gergaji elektrik pada Jumaat lalu.

Ketiga-tiga suspek yang ditahan dipercayai ibu, bapa dan abang kepada bekas suami Choi.

Mereka berusia antara lingkungan 31 hingga 65 tahun.

Baru-baru ini, Choi muncul di muka depan majalah fesyen digital L’Officiel Monaco, selain terlibat dalam pameran Elie Saab Spring Summer 2023 Haute Couture di Paris, Perancis, bulan lalu.

Choi dilaporkan hilang pada Selasa lalu sebelum mayatnya dalam keadaan mengerikan ditemui, semalam, sekali gus menggemparkan dunia.

South China Morning Post (SCMP) melaporkan, beberapa potongan anggota badan Choi dimasak, manakala sebahagian lagi disimpan di dalam peti sejuk.

Polis tempatan turut menemui tisu manusia dalam dua periuk dan tisu manusia yang dicincang bertaburan di dalam rumah berkenaan.

Terdahulu, semasa sidang media Jumaat lalu, Superintendan Alan Chung Nga Lun dari unit jenayah wilayah Kowloon Barat menyifatkan pembunuhan itu sebagai ‘dirancang’.

Katanya, tingkat bawah rumah tiga tingkat itu dijadikan sebagai tempat penyembelihan.

“Bahagian mayat yang kami temui berada di dalam peti sejuk. Ada dua kaki milik mangsa perempuan.

“Kami masih mencari kepala, badan dan tangan yang dipercayai sudah dilupuskan,” katanya.

Alan Chung berkata, punca kematian dan motif pembunuhan masih dalam siasatan polis.

Polis sedang giat memburu bekas suami Choi yang dipercayai turut terlibat dalam pembunuhan tersebut.

Laporan media tempatan mengatakan lelaki terbabit menganggur dan dikenali sebagai Alex Kwong.

Bapa Kwong yang berumur 65 tahun dan abangnya, 31, didakwa atas tuduhan membunuh.

Manakala, ibu Kwong yang berusia 63 tahun didakwa kerana mengganggu proses keadilan.

Kes itu akan didengar di mahkamah hari ini. - Getaran, 27 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 minggu yang lalu

Ujian DNA Sahkan Anggota Badan Milik Abby Choi

2

Luar Negara 2 minggu yang lalu

Pekerja Kapal Layar Ditahan Bantu Suspek Bunuh Abby Choi Larikan Diri

3

Luar Negara 2 minggu yang lalu

Polis Cari Baki Anggota Badan Abby Choi

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Model Dibunuh Kejam, Anggota Badan Dikerat, Kepala ‘Hilang’

Sorotan

1

Naik Van Sekolah 5 Hari Untuk Mac, Bayaran Tetap Penuh Hingga RM1,000?

2

Pembatalan Lesen Senjata Api, Mengapa Atlet Menembak Turut Terbabit?

3

Pemimpin Baharu 3 Sayap UMNO Perlu Berdedikasi, Jalankan Amanah Seikhlas Hati - Presiden

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penggunaan Kanabis Dalam Perubatan Perlu Kajian Mendalam - PM

Semasa 1 hari yang lalu

Ini Kerajaan Diktator, Penakut - Dr Mahathir

oleh Farhana Farush

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Capai Persefahaman Pelaburan Gas Hidrogen Ke Indonesia

Politik 1 hari yang lalu

GPS Jamin Pertahan Kerajaan Perpaduan Demi Kestabilan Politik

oleh Farhana Farush