web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ujian DNA Sahkan Anggota Badan Milik Abby Choi

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Mar 2023 8:00PM

Abby Choi - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HONG KONG  - Ujian data asid deoksiribonukleik (DNA) mengesahkan beberapa anggota badan yang ditemui di sebuah rumah di Kampung Lung Mei, disahkan milik model dan selebriti media sosial, Abby Choi.

Menurut laporan HK01, anggota badan wanita berusia 28 tahun itu iaitu kedua-dua kaki dan tengkoraknya, pertama kali ditemui pada 24 dan 26 Februari di kediaman tersebut yang terletak di daerah Tai Po.

Beberapa bahagian badan Abby seperti lengan dan tubuhnya masih belum ditemui.

Pihak berkuasa percaya satu lubang di belakang tengkorak mangsa adalah punca kecederaan yang meragut nyawanya.

Abby adalah seorang model dan selebriti media sosial yang berkongsi kehidupan mewahnya dalam sesi fotografi dan pertunjukan fesyen dengan lebih 100,000 pengikut di Instagram.

Dia dilaporkan dilihat kali terakhir pada 21 Februari lalu dengan polis menemui bahagian badannya seminggu kemudian.

Setakat ini, enam individu ditahan berhubung kes itu.

Suspek terbaharu, seorang lelaki berusia 41 tahun dikenali sebagai Lam Shun, dibenarkan ikat jamin HK$50,000 (S$8,560) tetapi dihalang daripada meninggalkan Hong Kong.

Dia dituduh cuba membantu bekas suami Abby, Alex Kwong melarikan diri dari Hong Kong menggunakan bot.

Suspek lain yang didakwa dan ditahan termasuk Alex, bapa, ibu dan abangnya.

Seorang wanita dipercayai perempuan simpanan bapa Alex turut ditahan kerana terlibat dalam pembunuhan itu.

Minggu lalu, polis Hong Kong menamatkan operasi mencari lebih banyak bahagian badan Abby di sebuah tapak pelupusan sampah.

Superintendan Alan Chung memberitahu wartawan, walaupun tidak menemui baki anggota badan yang dicari, mereka sudah memiliki bukti kukuh bagi meneruskan kes.

Katanya, motif pembunuhan berpunca daripada pertikaian kewangan puluhan juta dolar Hong Kong dengan bekas suami dan keluarganya, dengan 'ada individu' tidak puas hati dengan cara mendiang menguruskan kewangannya. – AGENSI 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Tragedi Elmina: Ujian DNA 9 Mangsa Selesai - Hussein

2

Luar Negara 3 tahun yang lalu

Pekerja Kapal Layar Ditahan Bantu Suspek Bunuh Abby Choi Larikan Diri

3

Luar Negara 3 tahun yang lalu

Polis Cari Baki Anggota Badan Abby Choi

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Kes Bunuh Model: Kepala Mangsa Ditemui Dalam Periuk Sup

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 9 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan