Berita Terkini

2 jam yang lalu: Dana jaminan pembiayaan SJKP ditingkatkan daripada RM3 bilion kepada RM5 bilion - PM 2 jam yang lalu: Kerajaan setuju lanjutkan pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM8,000 untuk simpanan bersih tahunan dalam SSPN sehingga 2024 - PM 2 jam yang lalu: Kebakaran: Kematian wanita OKU kerana lemas terhidu asap - polis 2 jam yang lalu: Kerajaan setuju beri sagu hati RM300 kepada 200,000 anggota Rela, sukarelawan APM, sukarelawan polis dan sukarelawan bomba - PM 2 jam yang lalu: 995,396 kuota pekerja asing diluluskan sehingga 14 Mac

IKUTI KAMI


Polis Cari Baki Anggota Badan Abby Choi

Luar Negara Dikemaskini 4 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2023 10:40AM

Polis turut menggunakan jengkaut dan penyodok untuk mencari tangan dan bahagian badan mangsa yang masih hilang. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lebih 100 anggota polis Hong Kong memakai alat perlindungan untuk mencari mayat model Abby Choi yang dibunuh kejam di tapak pelupusan sampah yang terletak di Wilayah Baru Timur Laut di Ta Kwu Ling, kira-kira 15 minit pemanduan dari tanah besar China.

Polis turut menggunakan jengkaut dan penyodok untuk mencari tangan dan bahagian badan mangsa yang masih hilang.

Superintendan Alan Chung berkata, suspek membuang beg bukti pagi Rabu lalu dan pihak berkuasa percaya ia mungkin mengandungi mayat, pakaian dan telefon bimbit serta senjata yang digunakan untuk membunuh mangsa.

Menurut Associated Press, polis masih belum menemui bukti kukuh di tapak pelupusan sampah kecuali beberapa tulang yang belum dipastikan sama ada dari manusia atau haiwan.

Polis juga mendedahkan bahawa seorang lagi wanita dipercayai mempunyai hubungan sulit dengan bekas bapa mentua Abby, ditahan kerana didakwa membantu suspek lain.

Namun dia diikat jamin sementara menunggu siasatan.

Sementara itu, keluarga Abby berkumpul berhampiran rumah sewa yang menjadi lokasi penemuan anggota badannya untuk memberi penghormatan terakhir.

Bekas suami Abby, Alex Kwong Kong-chi yang ditahan kerana didakwa terlibat dalam pembunuhan kejam itu turut dituduh mencuri 39 rantai, 32 gelang, 13 jongkong emas, 102 butir emas, enam loket, dan 10 tael emas.

Dilaporkan bahawa kesalahan itu berlaku antara Mei 2013 dan Januari 2015 di Hotel Mong Kok, Yau Ma Tei dan Harbour Plaza Metropolis Hong Kong.

Dia sebelum ini melarikan diri dan gagal hadir di mahkamah pada 2015.

Dia antara empat suspek yang ditahan minggu lalu kerana didakwa terlibat dalam pembunuhan Abby.

Mereka ditahan sejak Isnin tanpa jaminan.

Suspek terdiri daripada bekas bapa mentua Abby, Kwong Kwong Kau, 65, dan bekas abang iparnya, Anthony Kwong Kong-kit yang berusia 31 tahun.

Kedua-duanya didakwa atas pembunuhan Abby.

Sementara itu, ibu Alex yang berusia 63 tahun, Jenny Li Sui-heung, pula akan didakwa atas pertuduhan penyelewengan maklumat kerana bersuhabat menyembunyikan kematian model berkenaan.

Sabtu lalu, polis menemui beberapa bahagian mayat dalam peti sejuk dan periuk sup di sebuah rumah tepi laut.

Hasil siasatan terhadap bahan yang dirampas itu, polis menemui apa yang mereka percaya sebagai tengkorak, rambut dan beberapa tulang rusuk milik Abby

Rumah yang disewa untuk membunuh Abby turut dilengkapi dengan gergaji elektrik dan pengisar daging yang digunakan untuk mengisar daging manusia.

Menurut polis, Abby mempunyai pertikaian kewangan dengan bekas suami dan keluarga mentuanya membabitkan harta mewah.

Ibu kepada dua anak itu bercerai dengan Alex dan berkahwin semula dengan Chris Tam yang juga keturunan keluarga kaya di Hong Kong.

Abby mempunyai empat anak, berumur antara tiga hingga 10 tahun, di mana dua yang lebih tua tinggal bersama Alex.

Rakan-rakannya juga menyifatkan Abby mempunyai hubungan baik dengan bekas suami dan keluarga mentuanya. – Agensi

Berita Berkaitan

1

Sukan 5 jam yang lalu

Mohamad Faisal Lega Kemarau Gol Berakhir

2

Sukan 7 jam yang lalu

Malaysia Benam Hong Kong 2-0, Tutup Siri Aksi Persahabatan Dengan Bergaya

3

Sukan 2 hari yang lalu

Arif Aiman, Dos Santos Dilepaskan Akibat Kecederaan

4

Sukan 2 hari yang lalu

Arif Aiman Tidak Jalani Latihan Bersama Harimau Malaya

Sorotan

1

Henti Pelepasan Cukai Pencarum SSPN Kurang Tepat, ‘Saya Beri 3 Sebab’ - Syed Saddiq

2

Projek Pasar Chow Kit Tidak Pernah Terbengkalai, Dijangka Siap 2025

3

Tubuh Task Force Selaras Agihan Bantuan Dengan YKN Di Setiap Negeri

Disyorkan untuk anda

Semasa 32 minit yang lalu

RUU Perbekalan 2023 Dibentangkan Untuk Bacaan Kali Kedua Di Dewan Negara

Politik 1 hari yang lalu

Melaka Mungkin Bentuk Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid

Semasa 1 hari yang lalu

PM Sahkan Siasatan Rasuah Turut Dilakukan Terhadap Pemimpin Kerajaan

oleh Adam Ayzzat

Semasa 17 jam yang lalu

Mansuh Pelepasan Cukai SSPN, Musnah Galakan Menabung, Ramai Terbeban Hutang Pendidikan

oleh Aiman Sadiq