web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pekerja Kapal Layar Ditahan Bantu Suspek Bunuh Abby Choi Larikan Diri

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2023 11:23AM

Pada Selasa lalu, polis melakukan pencarian beberapa bahagian tubuh Abby Choi di tapak pelupusan tetapi tidak membuahkan hasil dan operasi ditamatkan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang pekerja syarikat sewa kapal layar berusia 41 tahun ditahan semalam kerana membantu suspek melarikan diri dari Hong Kong dengan menaiki bot selepas pembunuhan kejam, model Hong Kong dan pempengaruh media sosial, Abby Choi.

The Straits Times melaporkan, lelaki dikenali sebagai Lamp itu dipercayai menerima bayaran HK$100,000 (RM57,057) untuk membantu bekas suami Abby, Alex Kwong, melarikan diri pada 25 Februari lalu.

Media melaporkan Alex ditangkap dalam satu serangan hendap di jeti Tung Chung di Pulau Lantau.

Ketika ditahan dia membawa wang tunai HK$500,000 serta jam tangan mewah bernilai HK$4 juta.

Pada Selasa lalu, polis melakukan pencarian beberapa bahagian tubuh Abby di tapak pelupusan tetapi tidak membuahkan hasil dan operasi ditamatkan.

Bagaimanapun, usaha mencari lebih banyak bukti masih diteruskan.

Setakat ini, Alex adalah antara empat suspek yang ditahan minggu lalu kerana didakwa terlibat dalam pembunuhan Abby. Mereka ditahan sejak Isnin tanpa jaminan.

Suspek lain adalah bapa Alex, Kwong Kau, 65, dan abangnya, Anthony Kwong Kong-kit yang berusia 31 tahun. Kedua-duanya didakwa atas pembunuhan Abby.

Sementara itu, ibu Alex yang berusia 63 tahun, Jenny Li Sui-heung, pula akan didakwa atas pertuduhan penyelewengan maklumat kerana bersubahat menyembunyikan kematian model berkenaan.

Mereka dijangka dihadapkan ke mahkamah pada 8 Mei ini.

Polis percaya Kwong Kau, yang juga bekas pegawai polis adalah dalang pembunuhan kejam itu dipercayai berkaitan pertikaian mengenai harta mewah.

Perempuan simpanan Kwong Kau diikat jamin sejak Selasa.

Dia dilaporkan menyewa sebuah flat di tingkat satu rumah tiga tingkat di mana beberapa mayat Abby ditemui.

Walaupun masa sebenar kematian Abby masih belum ditentukan, dia didakwa diserang dalam kereta yang dipandu oleh bekas abang iparnya, Anthony sebelum dibawa ke rumah tiga tingkat itu untuk disembelih.

Pada Sabtu lalu, polis menemui sebahagian mayat Abby dalam peti sejuk dan periuk sup di sebuah rumah tepi laut.

Hasil siasatan terhadap bahan yang dirampas itu, polis menemui apa yang mereka percaya sebagai tengkorak, rambut dan beberapa tulang rusuk milik Abby

Rumah yang disewa untuk membunuh Abby turut dilengkapi dengan gergaji elektrik dan pengisar daging yang digunakan untuk mengisar daging manusia.

Menurut polis, Abby mempunyai pertikaian kewangan dengan bekas suami dan keluarga mentuanya membabitkan harta mewah.

Ibu kepada dua anak itu bercerai dengan Alex dan berkahwin semula dengan Chris Tam yang juga keturunan keluarga kaya di Hong Kong.

Abby mempunyai empat anak, berumur antara tiga hingga 10 tahun, di mana dua yang lebih tua tinggal bersama Alex.

Rakan-rakannya juga menyifatkan Abby mempunyai hubungan baik dengan bekas suami dan keluarga mentuanya. - Agensi

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 3 tahun yang lalu

Ujian DNA Sahkan Anggota Badan Milik Abby Choi

2

Luar Negara 3 tahun yang lalu

Polis Cari Baki Anggota Badan Abby Choi

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Kes Bunuh Model: Kepala Mangsa Ditemui Dalam Periuk Sup

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Model Dibunuh Kejam, Anggota Badan Dikerat, Kepala ‘Hilang’

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi