web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Model Dibunuh Kejam, Anggota Badan Dikerat, Kepala ‘Hilang’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2023 7:02PM

Choi dilaporkan hilang pada Selasa lalu sebelum mayatnya dalam keadaan mengerikan ditemui, semalam. - Gambar daripada Instagram Abby Choi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menahan tiga individu bagi membantu siasatan penemuan mayat model dan pempengaruh media sosial, Abby Choi berusia 28 tahun yang ditemui tanpa kepala.

Menurut polis Hong Kong, sebahagian anggota badan wanita terbabit ditemui bersama alat pengisar daging dan gergaji elektrik di sebuah rumah sewa di daerah Tai Po, utara negara berkenaan, petang semalam.

Ketiga-tiga suspek ditahan dipercayai ibu, bapa dan abang kepada bekas suami Choi.

Kesemua suspek berusia antara lingkungan 31 hingga 65 tahun.

Baru-baru ini, Choi muncul di muka depan majalah fesyen digital L’Officiel Monaco, selain terlibat dalam pameran Elie Saab Spring Summer 2023 Haute Couture di Paris, Perancis, bulan lalu.

Choi dilaporkan hilang pada Selasa lalu sebelum mayatnya dalam keadaan mengerikan ditemui, semalam.

South China Morning Post (SCMP) melaporkan, beberapa potongan anggota badan Choi dimasak, manakala sebahagian lagi disimpan di dalam peti sejuk.

Polis tempatan turut menemui tisu manusia dalam dua periuk dan tisu manusia yang dicincang bertaburan di atas tanah di dalam rumah terbabit.

Pada sidang media semalam, Superintendan Alan Chung Nga Lun dari unit jenayah wilayah Kowloon Barat menyifatkan pembunuhan itu sebagai ‘dirancang’.

Katanya, tingkat bawah rumah tiga tingkat itu dijadikan sebagai tempat penyembelihan.

“Bahagian mayat yang kami temui berada di dalam peti sejuk. Ada dua kaki milik mangsa perempuan.

“Kami masih mencari kepala, badan dan tangan yang dipercayai sudah dilupuskan,” katanya.

Alan Chung berkata, punca kematian dan motif pembunuhan masih dalam siasatan polis.

Polis sedang giat memburu bekas suami Choi yang dipercayai turut terlibat dalam pembunuhan tersebut.

Laporan media tempatan mengatakan lelaki terbabit menganggur dan dikenali sebagai Alex Kwong. - Getaran, 25 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 3 tahun yang lalu

Ujian DNA Sahkan Anggota Badan Milik Abby Choi

2

Luar Negara 3 tahun yang lalu

Pekerja Kapal Layar Ditahan Bantu Suspek Bunuh Abby Choi Larikan Diri

3

Luar Negara 3 tahun yang lalu

Polis Cari Baki Anggota Badan Abby Choi

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Kes Bunuh Model: Kepala Mangsa Ditemui Dalam Periuk Sup

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 13 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam