web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM Mahu Timbalan Menteri Fokus Laksana Perancangan, Perubahan Untuk Rakyat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2023 7:41PM

Anwar Ibrahim - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu semua timbalan menteri di bawah Kerajaan Perpaduan pimpinannya memberi fokus kepada pelaksanaan perancangan serta perubahan yang akan memberi manfaat kepada rakyat.

Ia antara amanat disampaikan Anwar yang juga Menteri Kewangan pada program Pemukiman Timbalan-Timbalan Menteri Kerajaan Perpaduan 2023 di Seri Perdana di sini, yang dihadiri semua timbalan menteri.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching berkata Perdana Menteri amat fokus terhadap prestasi kerajaan pimpinannya dan menegaskan mahu semua timbalan menteri membawa reformasi dalam masa singkat.

“Beliau (Anwar) berpandangan rakyat tidak sabar lagi dan mereka ingin nampak hasil secepat mungkin. Ini peringatan penting bagi semua yang pegang jawatan untuk beri fokus bawa perubahan dalam tempoh singkat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas program pemukiman itu.

Sesi pemukiman itu berlangsung lebih satu jam itu turut disertai Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) Datuk Johan Mahmood Merican.

Dalam sesi pemukiman itu, Nie Ching berkata timbalan-timbalan menteri turut menerima taklimat daripada tokoh penting dalam kerajaan termasuk Mohd Zuki dan Johan.

“Saya juga amat berbesar hati kerana Perdana Menteri cukup sabar dan jawab soalan kami (timbalan menteri) sepanjang sesi ini. Sesi ini banyak isu yang dibangkitkan timbalan menteri,” katanya.

Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam kenyataan yang dikeluarkan sempena program itu berkata pemukiman itu dilaksanakan bagi memperkukuh dan memantapkan kesepakatan dan kesepaduan dalam kalangan timbalan menteri Kerajaan Perpaduan.

JPM berkata program itu adalah selaras dengan hasrat perdana menteri dalam menterjemahkan agenda islah dan reformasi dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

Program permukiman hari ini diisi dengan sesi taklimat khas mencakupi aspek-aspek penting ke arah pemantapan penyampaian perkhidmatan dan pengukuhan tata kelola atau tadbir urus jentera kerajaan.

Aspek itu merangkumi petunjuk prestasi utama (KPI) MADANI Kerajaan Perpaduan, Struktur Kerajaan dan Hal Ehwal Pentadbiran Awam, Pengurusan Kewangan dan Perolehan Kerajaan, Integriti dan Tata kelola Organisasi, Protokol Kerajaan dan Profesionalisme serta Komunikasi Media. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 hari yang lalu

‘Serang Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan? Lebih Baik Anda Letak Jawatan’ - PM

2

Semasa 6 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

3

Politik 6 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

6 Pelajar Perempuan Sekolah Di Sabah Didakwa Atas Tuduhan Merusuh

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Tanah Sungai Cot: Tengku Ampuan Pahang Tawar Tanah Untuk Keluarga Orang Asli Terjejas

oleh Sophia Ahmad