web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengalaman Sedikit Berbeza Untuk Belanjawan Tahun Ini - Tengku Zafrul

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2023 1:06PM

Tengku Zafrul berkata, kementeriannya menyambut baik inisiatif yang diumumkan Perdana Menteri. - Gambar Facebook Tengku Zafrul

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengakui situasi pembentangan Belanjawan 2023 yang menjadi tumpuan ramai petang semalam amat berbeza berbanding tahun sebelumnya.

Menurut Tengku Zafrul, kebiasaannya beliau sendiri yang akan membentangkan belanjawan tersebut, tetapi semalam ia dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan.

“Pengalaman sedikit berbeza untuk belanjawan tahun ini. Biasanya saya yang membentangkan, tapi kali ini saya mendengar pembentangan pula.

“Alhamdulillah, pembentangan Belanjawan 2023 oleh Menteri Kewangan sebentar tadi (semalam) membawa tiga tekad utama yang pada hemat saya cukup menyeluruh,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Pada masa sama, Tengku Zafrul yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI) berkata, kementeriannya menyambut baik inisiatif yang diumumkan Perdana Menteri.

Katanya, belanjawan tersebut membuktikan kerajaan Madani komited dalam merencanakan pembangunan negara secara inklusif dan holistik.

“Kerajaan seterusnya turut komited mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pilihan pelaburan dan perdagangan serta sebagai pintu masuk (gateway) ke rantau Asia.

“InsyaAllah, saya dan seluruh pasukan MITI akan berusaha keras bagi memastikan segala agenda dan perancangan yang direncana ini dilaksanakan sebaiknya,” katanya.

Selepas 26 tahun, Anwar kembali lagi ke Dewan Rakyat bagi membentangkan Belanjawan 2023 di bawah kerajaan perpaduan pimpinannya, semalam.

Kemunculan semula Anwar dalam pembentangan belanjawan pertama kerajaan perpaduan selepas Kabinet dibentuk pada 2 Disember lalu cukup dinanti-nantikan selepas kali terakhir beliau memegang portfolio itu pada tahun 1998.

Ditanya perasaannya selepas 26 tahun kembali membentangkan belanjawan, Anwar ketika ditemui pemberita di Kementerian Kewangan sebelum bertolak ke Parlimen hari ini secara ringkas berkata: "Sempurnakan tanggungjawab dengan baik".

Belanjawan 2023 bertemakan 'Membangun Malaysia MADANI' membabitkan peruntukan RM388.1 bilion dengan RM289.1 bilion untuk belanja mengurus, RM99 bilion bagi belanja pembangunan dan termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka.

Ia turut menumpukan 12 ikhtiar utama berlandaskan tiga tekad iaitu pemacuan ekonomi yang terangkum dan mampan, reformasi institusi dan tatakelola bagi memulih keyakinan dan keadilan sosial untuk menyederhana kesenjangan. - Getaran, 25 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

2

Semasa 4 hari yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Politik 1 minggu yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 12 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar