web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Majikan Pukul, Ugut Tembak Pemandu Peribadi Ditahan

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 May 2021 6:06PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang majikan kerana disyaki menendang bahu dan mengugut untuk menembak pekerjanya dalam kejadian di sebuah rumah di Country Height, Kajang di sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd Zaid Hassan berkata lelaki berusia 53 tahun itu ditahan pada pukul 4.50 petang semalam dan direman dua hari sehingga esok.

Beliau berkata kejadian pada kira-kira pukul 1.22 pagi itu bermula dengan pertengkaran antara suspek dan pemandu peribadinya itu selepas kedua-dua mereka baru pulang dari Kuala Lumpur.

“Semasa pertengkaran suspek mengugut untuk menembak pekerja berusia 28 tahun itu sekiranya lelaki berkenaan keluar dari rumahnya, selain mengeluarkan kata-kata kesat dan menendang pemandunya itu di bahagian bahu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Zaid berkata suspek turut merosakkan motosikal milik pekerjanya hingga menyebabkan lelaki itu terpaksa meminta bantuan orang ramai untuk melarikan diri sebelum membuat laporan polis pada kira-kira pukul 9.15 pagi pada hari kejadian.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 323, Seksyen 506, Seksyen 427 dan Seksyen 341 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan, melakukan ugutan jenayah, melakukan perbuatan khianat serta melakukan halangan salah terhadap mangsa.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini boleh menghubungi balai polis berhampiran yang terdekat atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes iaitu Sarjan Mohamad Khir di talian 014-5307540. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

Lelaki Miliki 44 Rekod Jenayah Ditembak Mati, Disyaki Dalang Geng Samun

2

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Kenapa Tiada Wakil MTUC Ke ILC?’ - Solomon

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Akta Kerja 1955 Benarkan Pekerja Mohon Aturan Kerja Anjal - Menteri

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 53 minit yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad