web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lelaki Miliki 44 Rekod Jenayah Ditembak Mati, Disyaki Dalang Geng Samun

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 Aug 2025 1:52PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menembak mati seorang lelaki dipercayai dalang utama kegiatan samun dan pecah rumah dalam kejadian di Jalan Bukit Tunku, di sini awal pagi tadi.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Fadil Marsus berkata suspek berusia 36 tahun itu mempunyai 44 rekod jenayah lampau termasuk berkaitan dadah, dan aktif dalam kegiatan pecah rumah serta samun sejak tahun lalu di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Perak, melibatkan kerugian melebihi RM1 juta.

Menurut beliau, lelaki terbabit dikesan menaiki kereta jenis BMW di lokasi kejadian oleh sepasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan JsJ Kontinjen Kuala Lumpur yang melakukan tugasan cegah jenayah melalui Op Api KL 3/2025 pada 4.10 pagi tadi.

"Ketika cubaan untuk memintas kenderaan tersebut, berlaku insiden berbalas tembakan yang mengakibatkan suspek maut di tempat kejadian. Beberapa kesan tembakan turut dikesan pada kenderaan polis," katanya pada sidang media di lokasi kejadian di sini, hari ini.

Pemeriksaan ke atas kenderaan suspek menemukan sepucuk pistol jenis revolver, beberapa peralatan yang dipercayai digunakan untuk kegiatan samun, serta vest polis.

Fadil berkata semakan mendapati kenderaan BMW itu menggunakan nombor pendattaran palsu dan dipercayai diseludup masuk dari luar negara.

Beliau berkata siasatan awal menunjukkan kumpulan jenayah terbabit menyasarkan rumah kediaman dan premis perniagaan yang mempunyai peti besi, bar emas serta wang tunai, dan dipercayai turut menyamar sebagai anggota polis bagi melancarkan kegiatan mereka.

"Kita percaya kumpulan ini juga terlibat dalam sindiket pengedaran dadah dan mempunyai belasan anggota. Usaha mengesan baki ahli kumpulan sedang giat dijalankan," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 20 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

3

Semasa 2 hari yang lalu

PDRM mohon Notis Merah Interpol Kesan Tamim Dahri

4

Semasa 3 hari yang lalu

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Singapura 16 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad