web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Syarikat Telekomunikasi ‘CDMU’ Buat Bidaan Baharu Rangkaian 5G

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2023 11:33AM

Ia bertujuan mewujudkan satu lagi rangkaian akses perkhidmatan 5G untuk mengembalikan rangkaian dwi borong (DWN) yang sebelum ini ditolak oleh kerajaan terdahulu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Beberapa syarikat telekomunikasi telah membuat bidaan baharu bagi mewujudkan satu lagi rangkaian akses perkhidmatan 5G untuk mengembalikan rangkaian dwi borong (DWN) yang sebelum ini ditolak oleh kerajaan terdahulu. 

Sumber industri berkata, pengendali mudah alih utama berminat untuk menguji keazaman kerajaan baharu mengenai pelan pelancaran 5G yang dimulakan oleh pentadbiran terdahulu melalui Digital Nasional Bhd (DNB).

Mereka berkata, syarikat telekomunikasi kebarangkalian telah membuat pendekatan rasmi untuk rangkaian 5G mereka sendiri dan menyakini kerajaan perpaduan mampu menerima pandangan serta permintaan pemain industri. 

Sumber itu berkata, sekurang-kurangnya empat syarikat telekomunikasi utama iaitu Celcom, Digi, Maxis, dan U Mobile yang secara kolektif dikenali dalam industri sebagai ‘CDMU’ itelah menyokong bidaan untuk rangkaian kedua. 

Daripada empat syarikat berkenaan, Celcom dan Digi telah menandatangani kedua-dua perjanjian akses serta langganan saham dalam DNB Oktober lalu manakanala U Mobile menandatangani hanya untuk akses dan Maxis pula belum mendaftar untuk kedua-duanya.

 YTL Communications Sdn Bhd (YES) dan Telekom Malaysia Bhd (TM) juga telah melaksanakan perjanjian langganan saham (SSA) untuk mengambil pegangan ekuiti dalam DNB Oktober lalu namun difahamkan, terdapat klausa untuk keluar.

CDMU ialah syarikat telekomunikasi sama yang sebelum ini bergabung sebagai sebuah konsortium tidak rasmi untuk menentang rangkaian borong tunggal dan memohon kerajaan membenarkan DWN.

Difahamkan, keinginan untuk rangkaian kedua mempunyai akses kepada spektrum 5G mereka sendiri di samping perjanjian bersama DNB akan menyaksikan syarikat telekomunikasi sebagai pengendali rangkaian maya yang membeli akses kepada rangkaian 5G tidak memiliki sebarang spektrum.

"MNO (pengendali rangkaian mudah alih) yang membuat permintaan untuk model DWN sedang mencari autonomi yang lebih besar ke atas spektrum 5G, bermakna mereka ingin memasang dan mengurus infrastruktur mereka sendiri di seluruh negara dan bukannya bergantung kepada kerajaan. 

“Tetapi model ini, jika dilaksanakan, boleh mengorbankan kawasan luar bandar dan kurang penduduk yang mungkin tidak menerima sambungan 5G kerana syarikat telekomunikasi utama mungkin tidak melihatnya sebagai kawasan yang menguntungkan. 

"Telco merasakan bahawa jika mereka tidak mengawal spektrum 5G, mereka akan wujud sebagai pengendali rangkaian maya mudah alih,” kata sumber The Vibes baru-baru ini. 

Pendedahan ini dibuat beberapa hari selepas Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil pada 21 Februari lalu menegaskan, Kabinet akan membincangkan rancangan pelancaran 5G negara pada akhir Mac ini, termasuk peranan DNB. 

Fahmi tidak menyebut sama ada perbincangan setakat ini melibatkan model DWN, tetapi memaklumkan pandangan dan kebimbangan semua pihak berkepentingan yang berkaitan akan dipertimbangkan, selain daripada kewajipan kontrak.

Sebelum ini, ketika menjadi pembangkang, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Fahmi pernah menyatakan keraguan tentang projek DNB. 

Pada Januari, selepas memegang jawatan, Fahmi berkata, pengenalan dan pelaksanaan 5G DNB akan diumumkan menjelang akhir Mac, dengan ciri tambahan. 

Sebelum ini, syarikat telekomunikasi pada mulanya mahukan persekitaran rangkaian dwi dengan penyediaan infrastruktur 5G mereka sendiri untuk melengkapkan DNB, namun kerajaan menegaskan satu rangkaian perlu dilanggan oleh semua syarikat telekomunikasi. 

Sebagai balasan, syarikat telekomunikasi berpeluang membeli pegangan dalam DNB yang memuncak dengan empat MNO bagi melaksanakan SSA untuk mengambil pegangan ekuiti dalam DNB Oktober lalu. 

Syarikat telekomunikasi, iaitu Celcom Axiata Bhd, Digi Telecommunications Sdn Bhd, YES, dan TM mengambil 65 peratus ekuiti dalam DNB, Celcom dan Digi masing-masing mengambil 12.5 peratus manakala YES serta TM mengambil 20 peratus setiap satu.

Kerajaan pula mengekalkan bahagian emas sebanyak 35 peratus, yang memberikannya pelbagai hak dan keistimewaan meliputi bidang seperti pemilikan, penjualan atau pemindahan saham. 

DNB sebelum ini menyatakan bahawa di bawah terma SSA dan struktur tadbir urus yang dipersetujui antara pihak-pihak, tiada MNO tunggal boleh memegang lebih daripada 20 peratus pegangan saham dalam DNB.

Sekiranya berlaku penggabungan antara MNO, entiti yang digabungkan tidak boleh memegang lebih daripada 25 peratus pegangan saham dalam DNB. 

Pada Mei tahun lalu, menteri kewangan ketika itu, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, DNB telah diarah mengekalkan harga borong rangkaian 5G di bawah 20 sen setiap gigabait (GB). 

Secara purata, syarikat telekomunikasi utama pada masa ini menawarkan sambungan 4G pada harga RM2 setiap GB kepada pengguna. – The Vibes, 24 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Proses Peralihan Kepada Model Dwirangkaian 5G Bermula Hari Ini - Fahmi

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Mesyuarat Dwirangkaian 5G Dijangka Diadakan Minggu Depan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

5G Dapat Tingkat Keupayaan Rawatan, Mengajar Pesakit Di Hospital

4

Kolum 2 tahun yang lalu

5G: Keperluan Atau Sekadar Gimik Pemasaran?

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad