web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Waris Mangsa Kemalangan Maut Dicari

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 May 2021 5:44PM

Kenderaan Proton Wira yang merempuh mangsa.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEMPORNA - Polis sedang mengesan waris seorang lelaki berusia 50 tahun yang maut dirempuh dalam kemalangan di Jalan Kubang Pinang, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, mangsa yang berbaju kemeja bercorak petak warna kuning dan kelabu serta berseluar pendek kelabu, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan beberapa anggota badan lain.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, mangsa dikatakan melintas jalan secara melulu sebelum dirempuh sebuah Proton Wira yang dipandu seorang lelaki berusia 25 tahun.

“Pemandu Proton Wira terbabit mendakwa ketika kejadian, mangsa dikatakan melintas jalan secara tiba-tiba menyebabkannya tidak sempat mengelak.

“Ekoran rempuhan itu, mangsa tercampak lebih 20 meter dan mengalami beberapa kecederaan termasuk di kepala,” katanya.

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba di lokasi kejadian.

Menurut Mohd Farhan, tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada mangsa.

“Justeru, polis meminta orang ramai yang mengenali mangsa atau kehilangan ahli keluarga hadir ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

Dalam kejadian berasingan seorang remaja lelaki maut selepas Proton Iswara yang dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas ke parit di Kampung Sungai Buaya sebaik sahaja selesai berbuka puasa, jam 7.25 malam tadi.

Mangsa Asman Dahlan, 17, ditemui orang ramai dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira tiga meter dari kenderaannya.

Menurut Mohd Farhan, mangsa dikatakan dalam perjalanan ke Kampung Indani selepas menghantar ibunya di Kampung Sungai Buaya.

“Setakat ini, polis percaya mangsa gagal mengawal kenderaannya dan terbabas sendiri berdasarkan siasatan awal di lokasi kejadian.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan, diminta tampil menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Alauddin Salehudin di talian 013-6420184 bagi membantu siasatan,” katanya.

Kedua-dua kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Getaran, 2 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

4 Maut, 1 Cedera Parah Nahas Di Gua Musang

2

Semasa 1 tahun yang lalu

5 Maut Nahas 4 Kenderaan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Elak Lubang, Pekerja Kilang Dan Anak Tiri Maut Motosikal Bertembung Kereta

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Padah Buat Aksi 'Wheelie', 2 Remaja Maut

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad