web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Akta 134 Akan Dipinda, Aspek Perundangan Tanah Dan Perkahwinan Ditambah Baik

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Feb 2023 7:02PM

Pindaan Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) ini diperlukan, kerana terdapat beberapa kekangan terutamanya dari segi pemilikan tanah dalam kalangan Orang Asli - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) bakal dipinda dengan menambah baik aspek perundangan melibatkan pemilikan tanah dan pendaftaran perkahwinan, serta kelahiran anak Orang Asli, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata terdapat keperluan untuk meminda akta berkenaan, yang akan dibentangkan tidak lama lagi di Dewan Rakyat.

“Pindaan ini diperlukan, kerana terdapat beberapa kekangan terutamanya dari segi pemilikan tanah dalam kalangan Orang Asli dan mereka perlu diberikan hak secara perundangan terhadap kawasan rayau (kawasan perkampungan) dan hak milik tanah kekal.

“Terdapat juga kekangan daripada Kanun Tanah Negara dan perundangan yang ‘tersangkut’ dalam soal hal ehwal tanah melibatkan kerajaan negeri. Dengan adanya pindaan ini, kerjasama antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri akan terjalin,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata elemen pendaftaran perkahwinan juga termaktub dalam pindaan tersebut, memandangkan kebanyakan Orang Asli berdepan masalah dokumentasi perkahwinan kerana berkahwin secara adat, seterusnya menyebabkan anak-anak mereka tidak mempunyai sijil kewarganegaraan yang sah.

“Masyarakat Orang Asli perlu diberi peluang sama rata bagi menjaga kepentingan mereka dan untuk itu, kerajaan amat komited untuk melaksanakan sebarang pembangunan bagi golongan itu,” katanya.

Bagi peluang pendidikan pula, Ahmad Zahid berkata ia perlu diberikan sehingga pendidikan tertinggi, dengan sasaran 300 anak Orang Asli wajib memasuki universiti tahun ini.

“Untuk mencapai matlamat itu, program motivasi dan kelas tambahan akan dilaksanakan, kerana jika diberikan pendidikan tertiari, mereka sekurang-kurangnya dapat melakukan perubahan kepada keluarga sendiri,” katanya.

Beliau berkata Urusetia Pembangunan Ekonomi Orang Asli juga telah ditubuhkan hari ini dengan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Ramli Mohd Nor, yang juga merupakan kaum Orang Asli dilantik sebagai pengerusi manakala JAKOA sebagai sekretariat.

Beliau berkata perkongsian pintar juga akan dilakukan dengan mana-mana syarikat atau pihak swasta, bagi melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat dalam perkampungan Orang Asli.

Ketika ini, terdapat 209,000 masyarakat Orang Asli di seluruh negara. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Ahmad Zahid Terima Surat Rayuan Khairy Kembali Sertai UMNO

2

Gaya 2 tahun yang lalu

Jualan Baju Raya Dalam Talian Tidak Jejas Tukang Jahit Orang Asli

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Bakal Teroka Kaedah Baharu Termasuk Teknologi AI Atasi Banjir - Ahmad Zahid

4

Politik 2 tahun yang lalu

Jangan Politikkan Isu Pembatalan 16 Enakmen Syariah Kelantan - TPM Zahid

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 6 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan