web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Bakal Teroka Kaedah Baharu Termasuk Teknologi AI Atasi Banjir - Ahmad Zahid

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Feb 2024 8:16AM

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika mendengar taklimat semasa lawatan kerja ke Pejabat Tindakan Bencana, Biro Kemajuan Wilayah Kinki, Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

OSAKA - Malaysia bakal mengaplikasikan beberapa kaedah baharu yang digunakan oleh Jepun dalam pengurusan bencana di negara itu, termasuk penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan data raya bagi mengatasi masalah banjir.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pendekatan itu dilihat berkesan dalam menangani isu bencana alam terutama dalam tempoh jangka panjang.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata, usaha itu akan diselaraskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

"Saya berpendapat pengalaman berada di Osaka ini satu pengalaman perlu bagi kita menyediakan rancangan jangka panjang supaya masalah banjir dapat diurus dengan baik.

"Untuk mengatasi masalah banjir ini bukan sahaja mengenai soal kebajikan kepada mangsa banjir tetapi soal bagaimana pengairan, pengaliran dan juga tebatan banjir harus dilakukan bersama-sama teknologi yang baharu," katanya.

Ahmad Zahid yang dalam rangka lawatan kerja tujuh hari ke Jepun berkata demikian kepada media Malaysia selepas mendengar taklimat mengenai pengurusan bencana di Osaka di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, apa yang diperoleh daripada pengalaman pihak berkuasa tempatan di Osaka dapat digunakan di Malaysia, termasuk dalam soal pembinaan tebatan banjir dan pemasangan pam penyedut air dalam kapasisiti besar yang telah dilakukan di sini sejak 45 tahun lalu.

"...dan permasalahan jangka panjang penyelesaian mesti dilakukan ketika kos untuk pemasangan dan juga pembaikan serta mengubah suai dan menaik taraf ini.. ketika kos yang tidak terlalu tinggi berbanding apabila ia dilakukan untuk 30 tahun atau 50 tahun mendatang," katanya.

Selain itu, Ahmad Zahid berkata, beliau juga akan mengadakan perbincangan dengan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof untuk mengkoordinasi semua mitigasi yang harus dilakukan bagi mengurangkan risiko bencana di Malaysia. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 7 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Singapura 21 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar