web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Tidak Jalankan Tapisan, Pengklasifikasian Kandungan Media Sosial - Fahmi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Feb 2023 2:24PM

Fahmi Fadzil berkata kerajaan juga pada masa ini, tidak mengenakan apa-apa lesen kepada mana-mana penyedia platform media sosial termasuk aplikasi permesejan segera seperti WhatsApp, Wechat, MiChat dan lain-lain - Gambar Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak menjalankan tapisan atau pengklasifikasian kandungan bagi membenar atau tidak membenarkan sebarang bentuk aplikasi atau platform untuk digunakan pengguna Internet, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil. 

Beliau berkata kerajaan juga pada masa ini, tidak mengenakan apa-apa lesen kepada mana-mana penyedia platform media sosial termasuk aplikasi permesejan segera seperti WhatsApp, Wechat, MiChat dan lain-lain.

"Bagaimanapun, bagi aplikasi yang secara jelas melanggar peruntukan undang-undang seperti membuat penipuan, penyamaran dan sebagainya, tindakan sewajarnya boleh diambil termasuk menyekat aplikasi berkenaan daripada diguna pengguna di Malaysia.

"... tindakan-tindakan penguatkuasaan yang dijalankan kerajaan adalah berdasarkan aduan daripada masyarakat awam dan pihak yang terkesan berlandaskan lunas perundangan sedia ada," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini. 

Beliau menjawab soalan P. Prabakaran (PH-Batu) mengenai sama ada kerajaan berhasrat mengkaji semula kebenaran penggunaan aplikasi Telegram, Wechat, Michat dan beberapa aplikasi chat lain yang dilihat banyak pengaruh negatif untuk generasi muda.

Fahmi berkata sekiranya terdapat pihak atau individu melakukan sebarang tindak-tanduk atau memuat naik kandungan yang melanggar peruntukan undang-undang sedia ada, tindakan perundangan boleh diambil terhadap pihak dan individu berkenaan, bukan kepada platform yang menjadi medium perkongsian kandungan atau maklumat.

Menjawab soalan tambahan Prabakaran berhubung hasrat kerajaan memberi platform kepada belia luar bandar menggunakan media sosial untuk karya kreatif, Fahmi berkata kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah mewujudkan 911 Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di seluruh negara. 

Beliau menjangkakan jumlah PEDi akan ditambah untuk memangkin ekonomi digital dengan kerjasama penyedia platform media sosial bagi menggalakkan penyertaan anak muda dalam ekonomi digital menerusi platform itu. 

"Kerajaan melihat media sosial juga memainkan peranan yang amat penting bukan hanya sebagai medium berekspresi tetapi juga ekonomi digital.

"Ramai dalam kalangan anak-anak muda sekarang melakukan jualan secara dalam talian contohnya seorang usahawan muda seperti Khairulaming yang telah merekodkan jualan Sambal Nyet itu sebanyak RM21.5 juta untuk dua tahun kebelakangan ini," katanya.

Sementara itu, Fahmi berkata kerajaan akan menilai kepentingan untuk mewujudkan jawatankuasa rentas kementerian bagi meneliti kesan penggunaan siber dan digital terhadap anak muda serta aspek keselamatan digital dari semasa ke semasa.

Beliau berkata kementerian itu telah menjalankan pelbagai program seperti kempen kesedaran menerusi agensi termasuk MCMC dan CyberSecurity Malaysia serta menjalin kerjasama dengan syarikat telekomunikasi Celcom dan Digi.

Katanya sebagai contoh, jalinan kerjasama menerusi Jelajah Anti-Scam Kebangsaan yang dilancarkan Sabtu lepas bertujuan meningkatkan kesedaran di khalayak umum tentang kepentingan berwaspada sewaktu menggunakan media sosial. 

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Mumtaz Md Nawi (PN-Tumpat) yang bertanya adakah kerajaan merancang mewujudkan jawatankuasa rentas kementerian bagi meneliti kesan penggunaan siber dan digital terhadap anak muda. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

3

Sukan 4 minggu yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 8 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar