web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jika Malaysia Boleh Belajar Daripada Penjajah, Kenapa Tidak Singapura - Kor Ming

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Feb 2023 12:59PM

Kor Ming berkata, kerajaan akan sentiasa berfikiran terbuka untuk belajar daripada orang lain dan berkongsi ilmu serta pengalaman, selagi ia memberi manfaat kepada rakyat. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiada masalah jika kerajaan belajar daripada pakar perumahan Singapura sebagaimana Malaysia selama beberapa dekad mempelajari pembangunan sosial dan ekonomi daripada Jepun yang pernah menjajah negara ini.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming (PH-Teluk Intan) berkata, kerajaan akan sentiasa berfikiran terbuka untuk belajar daripada orang lain dan berkongsi ilmu serta pengalaman, selagi ia memberi manfaat kepada rakyat.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Shaharizukirnain Abd Kadir (PN-Setiu) mengenai cadangan sesi perkongsian pengetahuan kerajaan dengan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) Singapura mengenai pengurusan rumah mampu milik.

“Biar kita miskin harta, tetapi jangan miskin minda. Kerajaan akan sentiasa belajar, bukan sahaja daripada HDB, tetapi daripada negara lain. 

“Sebagai contoh, kita pernah dijajah Jepun, tetapi tahun ini merupakan tahun ke-41 Dasar Pandang Ke Timur. Jika kita boleh belajar daripada sebuah negara yang menjajah kita, apa salahnya kita belajar daripada negara jiran ASEAN yang berjaya termasuk Indonesia, Singapura dan Thailand.

“Bagi kita, apa yang penting adalah yang terbaik untuk rakyat. Rukunnya, kita ambil sikap belajar sepanjang hayat,” katanya pada sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat, hari ini. 

Shaharizukirnain antara lain mempersoalkan rasional di sebalik keputusan kerajaan untuk menggunakan pakar perumahan HDB sedangkan Malaysia sudah mempunyai pakar perancangan bandar sendiri. 

Beliau juga bertanya sama ada orang Melayu boleh membeli rumah yang diilhamkan oleh HDB, memandangkan majoriti kaum tersebut kebanyakannya terdiri daripada isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana. 

Bagaimanapun, Kor Ming menegaskan, sebarang dasar yang dirangka oleh kerajaan adalah untuk manfaat semua rakyat Malaysia, termasuk Bumiputera.

Terdahulu, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan berkata, perkongsian pengetahuan mengenai isu berkaitan projek perumahan sosial bukanlah perkara baharu, di samping mendedahkan pentadbiran sebelum ini turut belajar dari Korea Selatan dan Australia. 

Malah, beliau mendedahkan perkongsian ilmu dengan HDB Singapura juga telah bermula seawal 2018. 

Secara berasingan, Kor Ming menyatakan bagaimana HDB menerima pelbagai pengiktirafan antarabangsa selama ini, termasuk seni bina landskap, reka bentuk dan transformasi sektor awam. 

“Sesi perkongsian ilmu akan memberi peluang kepada kementerian untuk menyemak dan melihat perspektif baharu serta belajar daripada amalan terbaik.” katanya. – The Vibes, 23 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Unit K9 Bomba Terima Ahli Baharu, Labrador Lahirkan 'Brave'

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Buang Sampah Kecil: Lebih 1,000 Ditahan, Dikenakan Perintah Khidmat Masyarakat - Kor Ming

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Akur Buat Silap, Kor Ming Mohon Maaf ‘Ugut’ Wartawan

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Hukuman Rotan: PM Sokong Laksana, Tapi Perlu Kawalan Ketat

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad